Highlights

Kemaskini 'Wardrobe' Kamu! Biar Sampai Orang Tertoleh Dan Berbisik, “Eh Dia Pakai Baju ‘Brand’ Apa Tu?”

Huda Hussain
14/11/2020
12:00 MYT
Sponsor Banner
Kemaskini 'Wardrobe' Kamu! Biar Sampai Orang Tertoleh Dan Berbisik, “Eh Dia Pakai Baju ‘Brand’ Apa Tu?”
Walaupun ada dalam kalangan kita yang berkira-kira untuk berbelanja, tetapi hakikatnya nafsu wanita yang membuak-buak melihat koleksi pakaian terbaru bisa goyah dibuatnya. Apatah lagi kalau difikirkan mahu ‘reward’ diri sendiri usai mencapai sesuatu. Lantas terlintas dalam kepala, “Kalau beli pun nak pakai pergi mana? Bukannya boleh keluar pergi kerja atau keluar shopping macam selalu?” Jangan risau. Selfie dan OOTD kan ada! Sarung saja helaian baju baru dan rakam gambar buat kenang-kenangan berPKPB dirumah, hehehe. InTrend sarankan kalian cuba jenama fesyen tempatan ini tetapi sentuhannya bisa menyerlahkan penampilan kalian to the next level!
Koleksi Kapsul 2020
Jika sebelum ini, jenama fesyen bercitarasa antarabangsa, Larney telah berjaya menawan hati ramai wanita dengan koleksi Lebaran yang berinspirasikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini ia kembali lagi dengan sebuah koleksi terbaharu. Sesuai dengan pandemik Covid-19 yang masih belum ada kesudahannya, jenama ini mengambil inisiatif dengan memperkenalkan koleksi kapsul yang ditujukan istimewa buat para penggemarnya. Sedikit berbeza dengan beberapa siri koleksi sebelumnya, kali ini ia mengetengahkan beberapa jenis rekaan yang lebih ringkas, praktikal tetapi masih memiliki identiti tersendiri.
Kredit Foto: Larney
Antara yang sering menjadi tarikan dan identiti fesyen jenama ini ialah rekaan pleats. Dek kerana kekuatan itu jugalah, Koleksi Kapsul 2020 Larney muncul dengan beberapa rekaan ‘mengancam habis’ dan cukup selesa sesuai untuk digayakan sebagai pakaian seharian wanita. Bukan sahaja selesa, koleksi kali ini lebih kasual, relaks, feminin dan paling utama ia kekal berani. Tidak hairanlah sejak ia dilancarkan September lalu, koleksi ini telah menjadi bualan hangat, terutamanya pada pemilihan rona terkini seperti natural dan moss green.
Bergaya Seadanya
Jadi ayuh, jangan jadikan Covid-19 sebagai alasan untuk anda berhenti melaram. Kerana andalah fesyenista di hati keluarga mahupun rakan taulan. Pilihlah dari rekaan skirt seperti Venti Skirt, Tia Pleated Pencil Skirt, Bella Skirt atau mungkin top Larnery yang glamor seperti Venti Puffed Top, Tia Blazer Top dan Grande Puffed Top. Kepada yang sukakan sesuatu yang praktikal dan selesa, Bria Pleated Wrap, Venti Shirt Dress dan Selina Shirt Dress.
Kredit Foto: Larney
Ujar Pengasas Larney, Zura Zaibidi; “Sejak penularan wabak Covid-19, tidak banyak acara sosial dianjurkan dan secara tidak langsung permintaan untuk pakaian ke majlis-majlis luar juga berkurangan. Menyedari hakikat itu, kami mengambil inisiatif dengan melahirkan koleksi Capsule Collection 2020, iaitu seleksi pakaian yang boleh dipakai pada bila-bila masa. Koleksi ini lebih praktikal tetapi masih mengekalkan identiti Larney sesuai untuk segenap wanita sama ada yang bergaya bebas atau berhijab. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi ketika ini, maka pakaian Larney juga dijual pada harga yang berpatutan,” katanya.
Selain itu juga, jenama ini telah bekerjasama dengan jenama turban terkenal Ilham Echenta menerusi kempen Women Who Can sebagai satu langkah permulaan bagi meluaskan lagi peminat fesyen jenama ini. Koleksi ini boleh didapati dalam pilihan saiz S, M, L, XL dan boleh dimiliki pada harga bermula RM139 sehingga RM289.
Kredit Foto: Larney
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar