gaya hidup

Kenali Personaliti Orang Yang Suka Tanam Pokok – Mereka Ini Penyayang, Tak Suka Drama, Agak Sensitif Tapi...

Afiza Kamarulzaman
28/10/2021
04:55 MYT
Sponsor Banner
Kenali Personaliti Orang Yang Suka Tanam Pokok – Mereka Ini Penyayang, Tak Suka Drama, Agak Sensitif Tapi...
Ia bukanlah sesuatu yang ‘tahyul’ apabila membaca karekter seseorang itu berdasarkan kegemaran dia menanam pokok. Namun, secara psikologinya apabila seseorang itu mula mempunyai minat terhadap sesuatu hobi baru, ia secara tidak langsung akan mengubah sedikit gaya hidup dan sikap dirinya.
Sebagai contoh, orang yang suka menanam pokok. Ada penilaian yang mengatakan apabila seseorang meningkat usianya, antara perubahan diri yang ketara apabila mereka mula suka bercucuk tanam atau minat terhadap pokok dan tumbuhan, termasuklah tanaman deko kecil-kecilan di dalam rumah.
Ironinya, kita ini berasal dari tanah. Apabila usia makin meningkat, kita pasti akan kembali kepada asal penciptaan. Dan, tanah itu sendiri lambang pada kesuburan, rezeki dan kehidupan abadi. Berikut antara ciri-ciri personaliti orang yang suka menanam pokok. Tidak semuanya tepat, mungkin kebetulan sahaja.
Penyayang Ini sifat paling nyata untuk mereka yang sukakan pokok dan tanaman. Sikap penyayang itu ketara apabila mereka sentiasa mengambil berat perihal hidup mati pokoknya, sentiasa memastikan tanamannya cukup zat yang diperlukan dan sayangnya mereka pada tanaman boleh dilihat pada komitmen mereka menjaga dan memeliharanya.
Bersifat pelindung Seperti mana mereka yang sentiasa melindungi kesubuaran tumbuh-tumbuhan itu, begitulah sikap mereka terhadap orang yang mereka sayang. Mereka akan sentiasa ke depan untuk mempertahankan orang yang disayangi daripada musuh atau ujian melanda.
Suka Ketenangan Seperti mana sifat pokok dan alam itu cenderung pada ketenangan dan kedamaian, begitulah jiwa mereka yang minat menanam pokok. Mereka tidak suka terlibat dalam drama manusia, apa lagi untuk bersikap hipokrit. Sebolehnya, mereka juga cuba elak kesesakan manusia, kebisingan dan pertelingkahan.
Sensitif Ya, mereka ini sedikit sensitif dan lebih beremosi. Tidak hairanlah mereka mampu menanam pokok-pokok yang subur kerana jiwa mereka yang halus, mampu menyelami hasil tanamannya. Jangan tak tahu pokok-pokok juga ‘benda hidup’ yang boleh rasa kasih-sayang tuannya. Sebab itulah ada petua yang kata, kalau mahu pokok itu hidup subur, selalulah bercakap-cakap dengannya.
Tegas Sebilangan besar mereka seorang yang tegas, teguh pendiriannya dan tidak suka menjadi ‘lalang’. Tidak hairanlah, lalang menjadi musuh utama kepada tumbuh-tumbuhan, hahaha...
Nampak kasar tapi lembut hatinya Secara luaran, mereka mungkin kelihatan agak tidak mesra, keras, pasif tapi hakikatnya mereka mempunyai jiwa yang lembut. Lekas marah, lekas sejuk kembali. Cepat sentap, tapi mudah dipujuk hatinya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar