Highlights
Kenapa JACINDA ARDERN Perdana Menteri New Zealand Disayangi Rakyat? Kepimpinan Dengan Kesantunan.
Kemenangan besar Jacinda Ardern, 40 pada pilihan raya baru-baru ini sudah dijangka. Ini dapat dilihat menerusi kredibiliti yang ditunjukkan beliau kebelakangan ini. Ternyata wanita mengagumkan ini berjaya membuktikan yang beliau menyandang jawatan tertinggi itu demi khidmat buat negara dan bukan mengejar kuasa semata.
Kredit Foto: Google
Berikut antara tindakan beliau saat dunia dilanda isu semasa:
- Ketika pandemik Covid-19 melanda, beliau dengan pantas melakukan tindakan berlaraskan pemikiran. Hasilnya, kes di negaranya semakin menurun dan hampir bebas daripada virus.
- Beliau sanggup menerima potongan gaji 20 peratus sebagai tanda solidariti kepada mereka yang kehilangan pekerjaan atau terpaksa dipotong gaji.
- Lihat bagaimana beliau bertindak balas terhadap kes tembakan di Christchurch pada 2019 yang dilakukan oleh pengganas terhadap komuniti Muslim sehingga mengorbankan 51 nyawa tak berdosa. Cara beliau menyantuni kaum Muslim selepas itu mendapat pujian ramai, malah beliau turut melaksanakan undang-undang ketat senjata di seluruh dunia.
Kredit Foto: Google
- Beliau sangat prihatin terhadap perubahan iklim. Pada tahun 2018, beliau melarang penggunaan plastik pakai buang setelah mendapat begitu banyak surat daripada murid-murid sekolah berkenaan isu itu.
- Mencapai kesetaraan jatina juga menjadi antara agenda utama beliau. Baru-baru ini, beliau mengumumkan bahawa produk sanitari wanita akan diberikan secara percuma kepada gadis-gadis di sekolah seluruh negeri dari 2021, dalam usaha membantu membasmi kemiskinan.
- Tindakbalasnya yang luar biasa terhadap letusan gunung berapi yang mengorbankan 16 orang sebelum wabak Covid-19 turut menyentuh hati ramai pihak.
Kredit Foto: Google
Ternyata beliau seorang pemimpian wanita yang mengendalikan rakyat dan negaranya menerusi hati, empati dan ketelususan yang jarang dimiliki kebanyakan ahli politik hari ini. Siapa kata kasih-sayang dan kelembutan tidak mampu menerajui sebuah kepimpinan yang berkesan?
Sedarlah, dunia hari ini tidak memerlukan peperangan, kekasaran, kuku besi dan keegoan demi keutuhan sebuah kerajaan. Rakyat sudah boleh berfikir dan merasai sendiri kejujuran daripada kepimpinan yang benar-benar dizahirkan daripada keikhlasan dan atas nama kemanusiaan.