gaya hidup
Kenapa Makin Lama Makin Kurang Bertegur Sapa Dengan Pasangan? Bukan Dah Tak Sayang, Tapi…
Kahwin dah 10 tahun tapi tetap rasa hambar dan tawar. Kalau bersembang dengan pasangan pun, isu anak-anak, ahli keuarga dan perkembangan semasa yang selalu jadi topik bualan. Sedangkan baik suami atau isteri tak pernah ambil inisiatif untuk update emosi masing-masing. Bagi mereka ia mungkin perkara remeh kerana banyak lagi perihal penting yang perlu difokuskan.
Dan jika itulah firasat anda dan pasangan dalam rumahtangga, maka bersedialah untuk berhadapan dengan gelombang yang akhirnya akan meretakkan hubungan suami isteri. “Kenapa hubungan saya dengan pasangan makin hari makin sepi?’ Penulis yakin pasti ramai yang terfikir akan soal ini. Kerana sebenarnya itulah fitrah emosi yang seringkali tidak konsisten.
Kredit Foto: Google
Cinta sebenarnya makin sepi bukanlah sebab emosi yang tak ketentuan, tapi kerana usaha nak kekalkannya yang semakin lemah. Bersikap acuh tak acuh, fokuskan soal anak-anak hingga abaikan ikhtiar untuk bercinta dan jatuh cinta semula dengan pasangan. Jadi apa yang menyebabkan semua ini berlaku?
Komunikasi
Ia memainkan peranan penting dalam mencorak dan menentukan keharmonian sesebuah rumahtangga. Berikut adalah jenis komunikasi yang perlu ada dan jadi amalan suami isteri.
Kredit Foto: Google
- Luahan Kasih Sayang
- Ambil Berat
- Puji, Tegur dan Maaf
Kredit Foto: Google
Kalau ada sesuatu yang perlu ditegur, cari dan pilihlah waktu, tempat dan cara paling berhikmah juga sesuai. Tegur jangan sampai merendahkan nilai atau membuatkan pasangan berasa dia seolah-olah tak berguna. Tegur jangan sampai menghina.
Dan perkara paling mahal nilainya bagi seorang suami adalah meminta maaf. Rendahkan ego, ungkapkan maaf dengan penuh ikhlas. Buang jauh-jauh ego dalam diri dengan mendiamkan diri. Tak mati pun kalau minta maaf dengan isteri bro!
Kredit Foto: Google
- Penghargaan
Tujuan utama adalah untuk menunjukkan betapa anda benar-benar menghargai keberadaan pasangan. Buat pasangan rasa diri mereka dihargai walaupun untuk perkara-perkara kecil. Hal ini penting ya.