Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
gaya hidup

Kenapa NASI Tak Elok Dipanaskan Berkali-Kali? Bukan Sebab Cara Panaskan Tu Tapi...

Afiza Kamarulzaman 04/03/2021 | 14:53 MYT
Tidak elok membazir makanan. Maka, kebanyakan kita akan menyimpan semula makanan yang tidak habis terutamanya nasi dan kemudian dipanaskan semula nasi sejuk itu untuk dimakan kali ke dua atau ke tiga.
Sebenarnya, nasi yang berisiko itu bukanlah disebabkan oleh cara pemanasan berkali-kali itu tetapi risiko keracunan makanan berpunca daripada cara penyimpanan sisa nasi itu sebelum ia dipanaskan.
Beras mentah yang belum dimasak mungkin mengandungi spora Bacillus Cereus. Bakteria ini tetap dapat bertahan hidup walaupun setelah nasi masak. Ketika nasi yang sudah masak dibiarkan sejuk pada suhu bilik, bakteria tersebut boleh membiak dan menghasilkan racun yang menjadi penyebab keracunan makanan.
Semakin lama nasi dibiarkan pada suhu bilik sebelum dipanaskan, semakin banyak racun dihasilkan oleh bakteria tersebut sehingga kemungkinan besar nasi sudah tidak lagi selamat untuk diambil.
Meskipun dipanaskan berkali-kali, bakteria dalam nasi tersebut tidak akan mati kerana keadaannya memang cukup kuat untuk bertahan dalam proses memasak bersuhu tinggi.
Justeru, pilihan selamat adalah dengan tidak memanaskan nasi hingga berkali-kali kerana itu ertinya anda juga berulang kali membiarkan nasi sejuk pada suhu bilik sebelum dihangatkan kembali. Ini menyebabkan spora Bacillus Cereus semakin bertambah banyak.
Jika anda menjamah nasi yang mengandungi bakteri Bacillus Cereus, anda mungkin akan mengalami muntah-muntah atau cirit-birit sekitar satu ke lima jam selepas itu. Simptomnya hanya ringan dan biasanya berlangsung sekitar 24 jam.
Kredit Foto: Google
Tip menyimpan, memasak, dan memanaskan nasi
(Dipetik dari website hellodoktor.com)
Tips Memanaskan Baki Nasi
Sewaktu anda memanaskan nasi, selalu periksa bahawa nasi anda benar-benar panas mengepul keseluruhannya (hingga ke bahagian bawah nasi). Jangan panaskan nasi lebih dari satu kali.
Kredit Foto: Google
#Nasi #Beras
;