Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
gaya hidup

Kesilapan Yang Buat Kita Rendah Diri Itu Lebih Baik Daripada Kejayaan Yang Jadikan Kita Lebih ANGKUH

Afiza Kamarulzaman 28/04/2021 | 04:54 MYT
Apabila bercakap soal kesilapan, pasti ia terkait dengan sesuatu yang negatif dan menjatuhkan kredibiliti seseorang. Tiada siapa suka melakukan atau menerima kesilapan orang. Ia bagaikan tamparan hebat dalam sejarah kehidupan diri.
Namun, sedarkah kamu ada kala pahitnya kesilapan itu akan menjadi penawar yang tak terlihat dek mata kasar. Ada orang menjadikan kesilapan itu sebagai pengajaran paling bermakna untuk dia menjadi lebih baik.
Lebih hebat lagi, ada sesetengahnya menjadi hamba Allah yang lebih merendah diri, tawaduk, dan berhemah sebaik menyedari kesilapan yang dilakukan. Sesungguhnya inilah yang dinamakan ujian tanda Allah sayang.
"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan" – Surah Al-Anbiyaa’, ayat 35
Kredit Foto: Google
Tiada Guna Kejayaan Diraih Jika Buat Diri Jadi Bongkak
Adat dunia, seseorang itu akan disanjung dan diidolakan jika menempa kejayaan demi kejayaan dalam hidupnya. Dan, kebiasaannya kejayaan itu dilihat daripada segi kekayaan, kemasyhuran, nama, pangkat dan darjat.
Namun, di sisi Tuhan itu semua bukanlah ukuran kejayaanmu di akhirat. Di sinilah timbulnya perkataan istidraj. Di mana, Tuhan melimpahruahkan rezeki dan kejayaan buatnya walaupun dia bukanlah hamba Nya yang baik.
Seperti dalam surah al Luqman, ayat 18 yang maksudnya; “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.”
Ternyata di sini, darjat manusia di sisi Allah itu bukanlah terletak sebanyak mana harta yang dmiliki atau sekerap mana kejayaan diraih, tetapi yang utamanya adalah amal dan hati yang bersih untuk sentiasa berada dekat dengan Nya.
Kredit Foto: Google
Bagaimana Menundukkan Keangkuhan Diri?
#Angkuh #Bongkak #Takbur
;