KISAH BENAR! Neraka Ciptaan Suami — Isteri Ini Dipaksa Buat Seks Pelik, Disuntik Ubat Besarkan Payudara, Ditumbuk, Disuruh Pakai Seksi
Nasha (bukan nama sebenar) sudah pun bercerai dengan suaminya itu. Namun, dia sudi untuk membuka kembali kisah hitam itu kepada InTrend untuk dijadikan iktibar buat semua terutamanya para wanita. Ini bukan cerita rekaan.
Lima tahun hidup sebumbung dengan Zamri (bukan nama sebenar) cukup membenamkan dirinya le neraka dunia. Nasha berkenalan dengan Zamri setahun lebih sebelum diikat tali pertunangan selama dua tahun.
Walaupun luarannya, orang nampak Nasha biasa sahaja tetapi dalamannya cukup menderita. Di depan orang dia tersenyum, ke pejabat seperti biasa. Balik ke rumah, bahananya tunggu membaham diri.
Sex Toy, Hardcore, Kena Berlakon Sebelum Main
Situasi paling menakut dalam kehidupan Nasha selama menjadi isteri Zamri adalah apabila tiba waktu untuk mereka bersama. Menjadi impian semua isteri untuk dilayan suami bagaikan ratu, dibelai, dimanja, diusap sebelum merelakan tubuh dijamah sang suami.
Menurut Nasha, Zamri suka menononton video lucah ketika melakukan hubungan seksual dengannya, membuatkan Nasha naik loya dengan caranya itu.
Lebih teruk lagi, pasti ramai tidak percaya dengan pengakuan ini; Zamri juga suka berfantasi dengan menyuruh Nasha berlakon sesuatu watak sebelum mereka mula bersama.
Zamri juga sanggup membeli kostum seperti dalam video lucah untuk dipakai oleh Nasha mengikut mood Zamri. Itu belum kira alat-alat dan props seks lainnya yang akan dijadikan perangsang Zamri untuk lebih ghairah kala mengadakan seks!
“Walau hati tak rela, saya perlu turutkan. Jika tidak, dia akan marah dan mengamuk. Badan saya akan dipukul, ditumbuknya. Pernah juga dia cuba meliwat saya, namun saya pertahankan sehabisnya.
Setiap Minggu Zamri Cucukkan Ubat
Selalunya perempuan yang lakukan sendiri cucuk ubat untuk cantik. Berlainan dengan Nasha apabila bekas suaminya itu yang paksa cucukkan ubat ke tubuh Nasha. Setiap minggu dua jenis suntikan dilakukan ke atas Nasha.
Ada juga dibelinya pam payudara untuk tujuan membesarkan payudara Nasha. Dipaksa pam sampai biru-biru bahagian tersebut. Sakit jangan cakaplah.
Sampai lebam-lebam kulit tubuh Nasha kerana kerap disuntik. Seperti biasa, Nasha tidak boleh berkata tidak. Jelas Nasha, Zamri membuat pekerjaan sampingan sebagai ejen penjual alat kuat seks.
Ada krim untuk ketatkan vaginalah, ubat penguat sekslah, bagi tahan lamalah dan pelbagai produk seks yang dijual Zamri.
Apabila Nasha mengadu kepada Zamri ada lelaki menganggunya di media sosial, Zamri tidak percaya. Malah, mengatakan Nasha perasan!
Wajib Pakai Bra Span, Baju Ketat, Heels!
Penampilan Nasha juga ditentukan Zamri. Paling utama, Zamri mahu melihat rambut Nasha panjang dan perang. Dia suka apabila kawan-kawannya memuji isterinya blonde. “Zamri memang begitu, suka mempertontonkan saya di depan kawan-kawannya!”
Kalau keluar rumah, Nasha wajib pakai baju ketat! Baju longgar tidak dibenarkan, baby-T lengan pendek dan seluar sendat menjadi pakaian rasmi Nasha setiap kali keluar dengannya.
“Kalau saya sudah siap masuk ke kereta pun, dia tidak berkenan dengan baju yang saya pakai, dia akan suruh saya masuk salin baju lain. Snickers tidak dibenarkan, walaupun hendak ke Giant beli barang dapur, kena pakai kasut tumit tinggi!”
“Dia suka membandingkan saya dengan artis itu, artis ini. Zamri memang suka melihat perempuan-peremuan cantik, kemudian dia mahu saya menjadi seperti apa yang dia nak!”
Dijadikan Hamba Abdi, Tiada Rehat
Cerita Nasha, rutinnya dulu bermula seawal jam 5 pagi. Bangun menyiapkan sarapan, anak, hantar anak ke taska dan bekejar ke pejabat. Dia perlu menukar dua train untuk ke pejabat sebab itu harus keluar awal.
Tiba sahaja di rumah, Nasha terus ke dapur untuk siapkan makan malam. Selesai menghidangkan kepada Zamri, meja harus dikemas.
“Pernah Zamri cakap kepada anak kami, ‘Kau tengoklah mommy kau tu, dasar pemalas, tau balik tidur je. Tau membuta je.. buruk punya perangai, besarkan badan, lepas tu badan gemuk mula lah ..”
“Ya Allah, apa lagi yang saya tak buat sebagai seorang isteri, malah berlebih-lebih lagi.”
Pernah juga Zamri menyuruh anaknya masuk bilik pergi tumbuk perut mak kau, tendang dia. Apa jenis bapa yang mengajar anak biadap seperti itu? Kerja Zamri di rumah hanya menonton televisyen.
Dihina Fizikal, Dikutuk Keturunan
Walaupun Nasha sudah cukup cantik, namun di mata Zamri ada sahaja yang tidak kena. Ada kala dia menggelarkan Nasha sebagai ayam klok klok kerana leher Nasha panjang dan kecil.
Tidak cukup dengan itu, keturunan Nasha juga sering menjadi bahan kutukan Zamri setiap kalil mereka bergaduh. Kata Zamri, Nasha daripada keluarga yang sesat, keturunan tidak baik.
“Saya betul-betul drop dan tertekan dengan setiap kata-kata keji dia itu. Pernah saya kurungkan diri dalam bilik. Saya ambil alatan tajam dan toreh tangan saya sendiri untuk melepaskan perasaan yang terbuku itu. Pernah saya telan ubat sepapan. Saya mahu tamatkan semua ini dengan cara saya sendiri!”
Zamri juga sering memanggilnya ‘barua’ di depan kawan-kawannya seolah-olah Nasha tidak punya harga diri. Nasha juga pernah dimarahi di depan kawan-kawan pejabat lamanya.
Akhirnya, Dilepaskan Tapi...
Nasha pernah lari dari rumah pada pertama kali dia dipukul suami. Tiga minggu langsung tidak dipujuk atau dicari.
“Akhirnya, saya tekadkan hati! Saya sendiri harus akhiri semua ini. Sekali lagi, saya keluar dari rumah. Kali ini saya nekad untuk bercerai dengan Zamri. Namun, seperti yang diduga tidak mudah.
Tidak cukup dengan itu, Zamri minta kereta yang dibawa Nasha itu dipulangkan atau Nasha harus bayar RM3000 kepada peguamnnya untuk tukar nama, walaupun bulan-bulan Nasha yang bayar ansuran kereta tersebut.
Setelah puas turun naik mahkamah, akhirnya Zamri memberi kata putus kepada Nasha. Kalau betul Nasha mahu bercerai, dia mahu selesaikan di luar mahkamah. Nasha tidak perlu ceritakan keaibannya di depan hakim atau orang luar.
“Alhamdulillah, saya menang kes itu kerana saya ada laporan polis yang mengatakan dia tumbuk saya. Waktu itu, polis siap mahu menggarinya tetapi saya tak bagi. Saya tidak mahu bapa kepada anak saya diperlakukan seaib itu. Kesian anak saya nanti...”
Walaupun kini sudah bebas daripada cengkaman sang suami gila. Namun, Zamri masih tidak lepaskan Nasha begitu saja. Dia masih menjaja cerita bukan-bukan Nasha.
“Demi anak, saya redha saja. Lagi pun saya masih perlu menjaga hubungan kami walapun bukan lagi suami isteri. Cuma yang saya ralat sehingga kini, keluarganya langsung tidak membela saya.