Koleksi Beg Tangan, Beg dan Bagasi LEATHER AVENUE Bikin Anda Rambang Mata untuk Beli — Tak Percaya? Lihat Koleksi Ini!
Leather Avenue menawarkan koleksi beg tangan, beg dan bagasi yang pasti akan membuatkan kamu tidak senang duduk. Koleksi musim bunga Leather Avenue menampilkan konsep yang berlainan dan pastinya menepati cita rasa kamu semua.
Leather Avenue adalah butik pertama di Malaysia yang membawa barangan kulit daripada pelbagai jenama mewah antarabangsa. Butik ini menempatkan pelbagai jenama antarabangsa seperti Mendoza, The Bridge, Cerruti 1881 dan Coccinelle.
Bersempena perayaan Tahun Baru Cina ini, Leather Avenue memperkenalkan koleksi terbaru seperti beg tangan, beg dan bagasi yang dihasilkan menampilkan rona terang dan solid.
Jika anda ingin lihat lebih banyak lagi koleksi terbaru tas tangan, bagasi dan beg yang menarik boleh berkunjung ke flagship store La Galleria, Leather Avenue di The Curve, Damansara atau layari website https://www.leatheravenue.com.my/.