Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
gaya hidup

Korban Post Covid-19: Seminggu Selepas Suami Pergi, Giliran Isteri Pula Menyusul TEMANI. Allahu…

Huda Hussain 13/06/2021 | 07:02 MYT
Saban hari berita pemergian mangsa Covid-19 bersilih ganti di media sosial. Sungguh, walaupun yang kita lihat dan scroll itu bukan saudara-mara, bahkan mungkin tak pernah kita kenali; namun saat mengetahui asbab mereka meninggal dunia akibat virus durjana ini amat menyentuh hati. Lebih-lebih lagi apabila ada perkongsian panggilan video terakhir dimuat naik cukup merentap emosi. Tak terbayang andai diri ini yang Dia pilih untuk diuji sedemikian rupa.
Benar yang kita lihat itu mungkin bukan ibu ayah, emak atau bapa saudara kita. Tetapi hakikatnya mereka adalah emak atau bapa kepada rakan kita, barangkali jiran sekampung atau mungkin rakan baik emak ayah kita. Dan itulah yang dirasai sendiri Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim kini.

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim)

Kredit Foto: IG Azrina Mazhar Hakim
Berdasarkan satu hantaran di akaun media sosial beliau pagi tadi, ada berkongsi khabar duka yang cukup menyayat hati. Terdahulu, pengikut setia laman Instagramnya maklum mengenai kehilangan susuk yang dianggapnya seperti ayah sendiri iaitu Lt Kol (B) Haji Zulkifli Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle Zul minggu lalu. Ditakdirkan Allah meninggal dunia akibat Covid-19. Lebih memilukan, belum sempat reda kesedihan yang melanda, hari ini khabar duka dikongsinya. Isteri Allahyarham Uncle Zul pula, Allahyarham Aunty Zarina pula pergi buat selamanya usai dibenarkan pulang setelah pulih akibat Covid-19.

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim)

Kredit Foto: IG Azrina Mazhar Hakim
Allahu, tidak terbayang dugaan yang harus ditempuhi seluruh keluarga Allahyarham dan keluarga Cik Puan Azrinaz dengan berita pemergian ini. Berat rasanya untuk menempuhinya. Hanya berbeza tujuh hari, Allah jemput pula isteri tercinta untuk ‘menemani’ dan berhijrah ke negeri abadi. Bagaikan berjanji tautan dua hati ini. Itulah perjalanan yang telah disuratkan Ilahi. Walau perit dan pahit, tetap perlu dilalui. Kerana soal ajal maut dalam genggaman-Nya, kita isan biasa mana mungkin bisa menolak. Tidak cepat atau lewat, saat diperintahkan Malaikat untuk melaksanakan tugasnya, itulah ketetapan dan ketentuan-Nya.
Salam takziah kami rakamkan buat seisi keluarga Allahyarham juga keluarga Cik Puan Azrinaz atas perkhabaran dukacita ini. Doa kami moga keluarga kedua-dua Allahyarham diberi kekuatan, kecekalan, kesabaran dan keredaan. Juga doa dipanjatkan moga roh kedua-duanya ditempatkan bersama para solehin. Al Fatihah.
#COVID-19 #Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim
;