Highlights

Kurniaan Allah Selepas 10 Tahun, Irwansyah Dianugerahi Bayi Lelaki Comel – Indahnya Sabar, Janji Allah Pasti.

Afiza Kamarulzaman
31/03/2021
15:47 MYT
Sponsor Banner
Kurniaan Allah Selepas 10 Tahun, Irwansyah Dianugerahi Bayi Lelaki Comel – Indahnya Sabar, Janji Allah Pasti.
Menamakan anaknya dengan nama Ukkasya Muhammad Syahki, ternyata Irwansyah dan isteri sangat bersyukur dengan kurniaan ini. Setelah menunggu selama 10 tahun, akhirnya mereka dapat juga merasakan nikmat memeluk cahaya mata daripada darah daging sendiri.
Sebelum ini, sudah banyak doa dan ikhtiar yang dilakukan mereka termasuklah dengan melakukan rawatan kesuburan IVF yang akhirnya dengan izin Allah, anak ini menjadi milik mereka.
Bayi lelaki seberat 3.4kg dan tinggi 51 ini lahir pada tanggal 31 Mac 2021 hari Rabu yang indah menerusi pembedahan.
Irwansyah menitipkan ucapan terima kasih kepada semua doktor, pakar perubatan, keluarga dan semua yang bersama mendoakan kelancaran urusan kelahiran anak yang sangat mereka nantikan itu.
10 Tahun Bukan Tempoh Singkat , Namun Banyak Hikmahnya
Seperti kebanyakan pasangan berkahwin lainnya pasti mendambakan kehadiran cahaya mata. Namun, ujian Tuhan menangguhkan permintaan itu untuk melihat sejauh mana kesabaran hamba Nya dalam tersu mentaati Tuhan yang satu.
Ternyata, Irwansyah kekal setia bersama isterinya mendepani ujian ini walau diuji dengan ketiadaan zuriat sehingga 10 tahun. Masih kekal bahagia dan tenang sambil terus berusaha untuk menimang bayi sendiri.
Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada semua pasangan di luar sana yang turut sedang diuji menanti zuriat. Jangan pernah putus harapan dan teruslah merintih doa kepada Tuhanmu dan berusaha selagi ada jalannya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar