Highlights

Lelaki Pun Jaga Kulit Wajah Dan Penampilan. Jangan Terkejut Kalau Mereka Lebih Berdisiplin Daripada Wanita, Hehehe

Huda Hussain
01/09/2020
06:00 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Pun Jaga Kulit Wajah Dan Penampilan. Jangan Terkejut Kalau Mereka Lebih Berdisiplin Daripada Wanita, Hehehe
Siapa yang tak suka kalau lihat lelaki tampil segak, bersih dan sedap mata memandang kan? Soal rupa mungkin jatuh nombor tiga, empat atau entah ke berapa. Apa yang penting adalah bagaimana si lelaki menjaga kebersihan kulit dan penampilannya. Dan apabila bercakap mengenai kebersihan, ia merangkumi semuanya. Dari hujung rambut hingga hujung kaki (itupun kalau boleh dilihat lah ya)
Kredit Foto: Google
Rambut yang tidak terlalu panjang, disikat kemas. Begitu juga dengan kumis, misai, janggut atau jambang yang di ‘trim’ rapi. Pasti bikin mata yang melihat selesa. Oh, juga kuku yang pendek dan bersih. Tiada masalah bau badan atau bau-bauan lain yang kurang menyenangkan.
Lantaran kesedaran mengenai pentingnya menjaga kebersihan diri, kulit wajah dan penampilan; di pasaran produk penjagaan kulit wajah lelaki semakin mendapat tempat. Sama ada yang terpikat melihat iklan komersil yang mengetengahkan model atau selebriti sukan antarabangsa atau tidak itu lain ceritanya. Apa yang penting adalah lelaki era kini turut mempunyai rejim penjagaan kulit wajah seperti wanita. Atau mungkin lebih ekstrim berbanding wanita?
Kredit Foto: Google
Kerana Tekstur Kulit Lelaki Dan Wanita Berbeza
Ketika zaman ayah kita dahulu, mungkin tidak keterlaluan dikatakan tidak banyak atau mungkin jika ada produk penjagaan lelaki mungkin terhad. Apa yang ada dipasaran adalah produk untuk seisi keluarga. Beralihnya zaman dan apabila kesedaran semakin mendapat, maka semakin banyak variasi produk penjagaan wajah khusus untuk lelaki di pasaran. Bahkan kini terdapat spa khusus untuk lelaki yang menitikberatkan soal penjagaan wajah dan sebagainya.
Secara amnya kaum lelaki mempunyai tekstur kulit yang agak kasar dan mungkin ada dalam kalangan mereka mempunyai masalah kulit berminyak. Oleh yang demikian, mereka juga memerlukan penjagaan kulit wajah khusus. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai profesyen ‘menjual wajah’. Baik di barisan hadapan seperti pekerja sektor perhotelan, perkhidmatan pelanggan di kaunter dan lain-lain.
Kredit Foto: Google
Mungkin tidak banyak bezanya dengan rejim penjagaan wajah wanita. Secara rutinnya ia dimulakan dengan mencuci, penggunaan skrub, serum, pelembap dan pelindung cahaya matahari. Apa yang ekstra mungkin rutin mencukur atau merapikan kumis, misai, jambang dan janggut selain syampu rambut.
Jika Bersih Barulah Lebih Yakin!
Penampilan yang kemas, bersih dan rapi secara tidak langsung menyuntik keyakinan dalam diri. Ditambah pula dengan layangan haruman pasti bikin sesiapa menoleh anda kali kedua. Tanya pada diri, siapa yang tidak suka melihat kebersihan dan kekemasan kan? Pandangan pertama juga tidak kurang pentingnya untuk kita menambat hati sesiapa. Baik dalam soal kerjaya misalnya ketika menghadiri temuduga mahupun kehidupan peribadi untuk cuba menawan hati si dara; jangan sesekali pandang enteng soal ini.
Kredit Foto: Google
Mungkin jika rakan atau teman lelaki anda belum punya kesedaran menjaga kebersihan, penjagaan kulit wajah dan seangkatan dengannya. Manfaatkan masa yang ada untuk jelaskan mengapa dan pentingnya penjagaan kulit wajah dan penampilan diri. Bukan untuk orang lain tetapi diri sendiri. Tak percaya, cubalah!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar