Personaliti
LYLA AMINA – Jadi Nama Pilihan Awal Dan Scha Untuk Anak Kedua Mereka. Sedap Sebut, Tak Jauh Dari Nama Kakaknya.
Penantian selama ini terjawab sudah. Terlerai segala persoalan dan teka-teki apakah agaknya nama anak kedua ‘power couple’ Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang sebelum ini hanya dikenali dengan baby LA dalam setiap muat naik mereka di Instagram. Lyla Amina menjadi pilihan Scha dan Awal dan ia juga hampir mirip dan dekat dengan nama kakaknya, Lara Alana.
Kredit Foto: Astro Ria
Sebagai pembuka tirai episod kesembilan sebentar tadi, penonton dapat melihat sendiri gelagat Awal yang menyediakan sarapan buat isterinya sebelum bergegas ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya untuk mendaftar nama bayi pada sijil kelahiran anak kedua mereka.
Kredit Foto: Astro Ria
Biasalah, bukan Awal Ashaari lah kalau tiada selingan unsur drama. Ya, bukan senang okey nak pilih nama anak. Pertamanya perlu memilih nama-nama yang mempunyai maksud yang baik selain tidak sukar untuk menyebutnya. Mungkin mahu mengekalkan ‘signature’ pangkal huruf L dan A seperti nama Lara Alana, maka keduanya sepakat menamakan bayi kedua mereka dengan nama Lyla Amina. Moga Lyla Amina membesar menjadi anak solehah, dikurniakan kesihatan terbaik dan membanggakan seluruh keluarga.
Kredit Foto: Astro Ria