Highlights

Manjakan Kulit Wajah Dengan Bermasker. Bahan-Bahannya Juga Memang Mudah Didapati, Selamat Mencuba!

Huda Hussain
25/07/2020
15:08 MYT
Sponsor Banner
Manjakan Kulit Wajah Dengan Bermasker. Bahan-Bahannya Juga Memang Mudah Didapati, Selamat Mencuba!
Wanita dan kecantikan umpama sahabat baik yang tidak boleh dipisahkan. Dan untuk cantik, pelbagai cara yang pernah kamu cuba kan? Sama ada menggunakan produk kecantikan kulit, amalkan makan madu, supplemen dan lain-lain. Bagi mereka yang gemarkan penggunaan sumber alami, apa kata mulakan ritual masker wajah agar terlihat lebih sempurna, halus lagi mulus dan jauh lebih lembut.
Kredit Foto: Google
Masker Mayones Bukan sekadar digunakan dalam sajian makanan, tetapi mayones juga punya khasiat tersendiri dalam rawatan kecantikan kulit. Mudah sahaja, sediakan mayones dalam sebuah bekas kemudian sapu rata pada seluruh wajah. Biarkan selama 20 minit selepas itu bersihkan dengan air sejuk. Lakukannya seminggu sekali untuk memiliki kulit wajah yang halus lagi lembut. Cubalah!
Masker Madu Rasanya yang manis dan terkenal dengan khasiat dalam kesihatan, penggunaan madu juga mempunyai manfaat untuk kecantikan. Jika kamu inginkan kulit wajah dan leher lebih gebu cuba ini. Sapukan madu pada seluruh wajah dan leher. Kemudian, biarkan selama 15 minit sehingga ia kering. Selepas itu, basuh bersih wajah kamu dengan air suam. Insya allah kulit wajah lebih lembut, gebu lagi halus.
Kredit Foto: Google
Masker Pisang Lenyekkan sebiji pisang yang sudah cukup ranum. Kemudian tambahkan sedikit madu lalu oleskan ke seluruh wajah. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Sekepas itu bilas dengan air suam dan segarkan kemudian dengan air sejuk. Lakukan secara teratur dan hasilnya kulit kamu kelihatan lebih halus dan bersih. Dalam masa sama, masker ini berupaya mengatasi kedutan pada wajah. Selain berfungsi melembutkan kulit wajah, masker ini berupaya merawat rambut agar lebih sihat.
Masker Sengkuang Kupas buah sengkuang (pilih buah yang bersaiz kecil) kemudian parut dan oleskan pada wajah. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu bersihkan dengan air. Lakukan satu atau dua kali seminggu. Ia amat membantu mengatasi masalah kulit wajah kering malah sesuai buat kamu yang sering melakukan aktiviti luar.
Masker Jeruk Nipis Cuci bersih jeruk nipis lalu hiris. Kemudian, perah airnya untuk diminum. Kulit jeruk nipis jangan dibuang, seeloknya ambil kulit jeruk nipis dan usapkan pada wajah yang sudah bersih. Ritual ini dikatakan baik untuk mengawal minyak berlebihan pada wajah.
Kredit Foto: Google
Masker Timun Ambil ½ biji timun, 1 camca teh perahan lemon dan 1 camca teh air perahan daun pudina. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar lalu kisar sehingga halus. Selepas itu masukkan ke dalam bekas bertutup kecil dan simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit. Kemudian keluarkan bekas tersebut dan sapu rata pada seluruh wajah. Biarkan selama 15 minit lalu bilas dengan air suam terlebih dahulu diikuti dengan air sejuk. Gunakan masker ini secara teratur sekali seminggu kerana ia berupaya menghilangkan kotoran pada wajah.
Masker Tomato Masker ini amat baik untuk kamu yang memiliki kulit berminyak. Caranya, hancurkan sebiji buah tomato lalu sapukan pada wajah. Biarkan ia kering selama 15 minit lalu bilas dengan air suam.
Kredit Foto: Google
Masker Epal Potong sebiji buah epal kepada empat bahagian lalu kisar sehingga lumat. Kemudian tuangkan ke dalam botol kecil dan tambahkan sedikit madu. Kacau sehingga sebati dan masukkan botol tersebut ke dalam peti sejuk selama 10 minit. Selepas itu keluarkan botol tersebut dan oleskan masker tadi pada wajah. Biarkan selama 30 minit dan cuci dengan air. Masker ini dapat menyegarkan kulit wajah dan sesuai untuk mengatasi masalah kulit berminyak.
Masker Nanas Campurkan jus nanas dengan air santan secukupnya ke dalam mangkuk kecil. Kemudian kacau sehingga sebati. Setelah itu, sapukan pada wajah menggunakan kapas. Biarkan selama 20 minit sehingga ia kering. Bilas bersih wajah kamu dengan air dan keringkan dengan tuala. Khasiat buah nanas bermanfaat untuk memelihara kecantikan kulit agar lebih halus dan kelihatan lebih cerah.
Kredit Foto: Google
Masker Anggur Potong buah anggur kepada dua bahagian. Kemudian, oleskan potongan tersebut (ambil bahagian yang berair) lalu sapukan pada wajah hingga leher. Biarkan selama 15 hingga 20 minit kemudian bilas dengan air suam sampai bersih dan keringkan dengan tuala. Masker ini bermanfaat untuk menghilangkan kedutan pada wajah juga pada bahagian leher.
Masker Kentang Kurang tidur dan lingkaran hitam bawah mata mulai kelihatan? Cuba petua ini. Ambil sebiji kentang, kupas lalu bersihkan dengan air. Parut kentang dan letakkkan hasil parutan dalam kain kasa. Ikat kain kasa membentuk seperti bunjut dengan ukuran yang sesuai untuk diletakkan pada bahagian bawah mata. Letakkan kain pada bahagian lingkaran hitam tersebut dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Elakkan rembesan air kentang mengenai mata. Insya Allah jika dilakukan secara konsisten, lingkaran hitam bawah mata akan beransur hilang.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar