gaya hidup
‘Maternity Photoshoot’ – Abadikan Momen Terindah Semasa Hamil, Tak Ternilai Harganya Di Masa Hadapan.
Kalau dulu mungkin ada yang menyifatkan ‘Alah, tak naklah. Perut memboyot, muka, kaki semua bengkak. Mana cantik dalam gambar’. Tetapi kini perubahan fizikal itu tidak lagi menjadi halangan. Bahkan ia memberi kelebihan bagi jurufoto untuk menambah satu lagi skop tugas dalam portfolio mereka. ‘Maternity photoshoot’ kala ini bukan lagi sesuatu yang asing dan tidak keterlaluan jika dikatakan ada yang menjadikannya sebagai satu kemestian setiap kali hamil dan semasa menanti saat kelahiran bayi dalam kandungan. Malah bagi ibu-ibu yang pertama kali hamil, pasti lebih teruja merasainya. Bagaikan momen itu cukup eksklusif dan ‘intimate’.
Bukan Selalu Mengandung Pun
Dan untuk mengabadikan kenangan semasa hamil, pastinya melakukan sesi fotografi antara pilihan terbaik sebagai mencipta memori di masa hadapan. Apabila anak sudah berupaya untuk memahami, bolehlah ditunjukkan seleksi gambar bahawa dialah yang berada dalam perut ibu selama sembilan bulan. Dek kerana setiap kehamilan itu berbeza ujian dan perubahannya, pastinya ia memberi suatu pengalaman yang amat bermakna.
Kredit Foto: Google
Media Sosial Kan Ada!
Rujuk saja di media sosial, terdapat pelbagai pilihan dan studio yang menawarkan sesi fotografi saat hamil. Baik daripada segi konsep, tema dan sebagainya pasti ia mampu disempurnakan oleh jurufoto berpengalaman mengikut pakej dan harga yang ditwarkan. Sama ada menjalani sesi penggambaran di studio ataupun di mana-mana lokasi, percayalah anda pasti berpuas hati melihat hasilnya.
Kredit Foto: Google
Nikmati Momen Indah Ini
Bagi yang pertama kali hamil, pasti berasakan entahkan bila lagi direzekikan-Nya untuk hamil lagi. Lantaran itu ciptalah kenangan selagi berkesempatan. Pastinya pengorbanan anda yang mula merasai sakit-sakit badan, pinggang, lenguh kaki, mudah penat dan sebagainya berbaloi tatkala melihat koleksi foto seperti ini. Nikmatilah detik istimewa ini yang akan menjadi kenangan bermakna dan berharga usai bayi anda lahir kelak.
Panduan ‘Maternity Photoshoot’
- Sarung Pakaian Paling Selesa
Kredit Foto: Google
- Rehat Secukupnya
- Kerjasama Sepasukan