gaya hidup
Memang Anak Itu REZEKI. Tapi ‘Family Planning’ Penting Juga. Itu Pun Dikira Usaha Kita Sebagai Ibu Bapa.
Bagi pasangan suami isteri yang sudah punya anak pasti maklum mengenai kepentingan merancang kehamilan. Terutamanya selepas melahirkan anak sulung. Banyak faktor yang perlu diberi tumpuan.
Bukan sahaja penting daripada aspek kesihatan dan kondisi ibu yang baru habis berpantang umpamanya, tetapi mengambil kira faktor ekonomi dan kedudukan kewangan keluarga perlu diberi keutamaan.
Maklum sajalah dengan kenaikan haga barang semasa, mana lagi mahu membeli pampers, susu, keperluan dan peralatan bayi yang lain, wang untuk dibayar kepada pengasuh, makan minum seharian, belanja dapur, bil dan utiliti; dan senarai itu semakin berjeda panjangnya. Semua itu melibatkan kos yang bukan sedikit.
Kredit Foto: Google
Maka lantaran itu dalam hal ini pada firasat penulis kurang wajar andai ibu bapa mahu bergantung harap pada rezeki anak. Ya, benar tidak dinafikan hakikat itu ada ‘magisnya’. Sungguhpun begitu, sebagai ibu bapa yang sudah ‘masak’ dan lebih maklum tentang keperluan masing-masing maka menjadi kewajaran untuk tetap mengamalkan perancangan keluarga.
Faedah Merancang Keluarga:
- Meningkatkan Kualiti Hidup Wanita, Pasangan dan Anak-anak
- Membantu Wanita Merancang dan Menjarakkan Kehamilan Untuk Kesihatan Ibu dan Anak Yang Lebih Baik
Kredit Foto: Google
- Mengelakkan Kehamilan Yang Tidak Diingini
- Menyelamatkan Nyawa Ibu dan Bayi
Selebihnya antara suami dan isteri perlu ada persefahaman. Suami perlu prihatin dan memahami keadaan isteri, dan begitu juga sebaliknya. Bincang dan perhalusi secara terperinci dalam semua segi.