Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
gaya hidup

Menara Merdeka 118, Mercu Tanda Baharu Malaysia. Kedua Tertinggi Di Dunia, Ketahui 12 Fakta Menarik Menara Ini.

Huda Hussain 01/12/2021 | 08:33 MYT
Baru-baru ini berlangsung Majlis Penyempurnaan Pemasangan Puncak Menara Merdeka 118 oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaacob. Menara ikonik ini sebelumnya dikenali sebagai Warisan Merdeka, merupakan sebuah pencakar langit dengan jumlah 118 tingkat setinggi 678.9 m.
Kredit Foto: Google
Pembinaan tersebut mempunyai bajet sebanyak RM5 bilion. Sekali gus mencatatkan sejarah apabila ia menjadi bangunan tertinggi di Malaysia, menggantikan Bangunan Berkembar Petronas yang mempunyai 88 tingkat dari tahun 1996 sehingga 2018 dan Menara Signature Trx yang mempunyai 106 tingkat. Terdiri daripada 400,000 meter persegi ia kini telah mencapai 85% kerja-kerja pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya sebelum hujung tahun hadapan.

A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)

Kredit Video: IG Ismail Sabri
Reka bentuk menara ini secara simboliknya mencerminkan imej Perdana Mneteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj semasa beliau mengangkat tangan melaungkan ‘Merdeka’ 64 tahun lalu.
Besar harapan kerajaan ia dapat memacu dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan pelaburan, jom ketahui fakta menarik mengenai menara yang bakal jadi kebanggaan rakyat Malaysia ini:
  1. Dengan ketinggian 678.9 meter, ia sekali gus merekodkan menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.
  1. Dilengkapi dengan sistem lif yang antara terpantas di dunia. Naik dari tingkat 1 ke tingkat 118 hanya mengambil masa 65 saat!
  1. Sistem lif yang boleh digunakan semasa kecemasan seperti kebakaran tanpa perlu menggunakan tangga. Mestilah kan, dah kedua tertinggi dunia pula tu!
  1. Menempatkan ruang kediaman, hotel dan komersial.
  1. Bangunan ini dirancang seawal tahun 2009, kemudian mula dibina pada 2014. Bermula dari 2018, menara ini dibina setingkat demi setingkat sehinggalah kepada parasa terakhirnya tingkat 118.

A post shared by Tengku Zafrul ?? (@tzafrul_aziz)

Kredit Foto: IG Tengku Zafrul
  1. Dikelilingi bangunan warisan yang dibaik pulih.
  1. Turut dilengkapi Masjid Merdeka, pusat membeli-belah 118 Mall, kediaman dan pusat penjagaan kanak-kanak.
  1. Antara projek mega yang mencetuskan kontroversi kerana rata-rata menyifatkan ia sebagai satu pembaziran lebih-lebih lagi dalam waktu pandemic kerana menelan belanja sebanyak RM5 bilion.
Kredit Foto: Google
  1. Nama bangunan ni, Merdeka 118 adalah bersempena lokasinya yang terletak di antara Stadium Merdeka & Stadium Negara. 118 tu pula merujuk kepada bilangan tingkat bangunan ni, 118 tingkat.
  1. Dari bawah hingga ke tiang puncaknya, menara ini dilitupi dengan kaca yang membentuk seperti kristal. Tapak asas menara ini yang berbentuk diamond adalah daripada motif Songket Melayu. Bentuk-bentuk segi tiga pelbagai saiz pada permukaannya pula melambangkan kepelbagaian budaya di Malaysia.
  1. Arkitek kepada Merdeka 118 ini adalah Fender Katsalidis yang berasal dari Australia. Mereka ini terkenal dengan Eureka Tower yang pernah menjadi bangunan tertinggi di Australia.
Kredit Foto: Google
  1. Pada waktu malam, menara Merdeka 118 akan dinyalakan dengan "light strip" yang bercahaya dan bergerak dari bucu ke bucu. Ia akan memberi pencahayaan yang berbeza dan futuristik jika dibandingkan dengan bangunan-bangunan lain di Kuala Lumpur.
Sumber: Twitter Skyscrapers MY
#Menara #Seni Bina #Menara Merdeka 118
;