Read
Mengapa LOST WORLD OF TAMBUN, Rasa Diri Hilang di Dalamnya! — Anda Perlu Baca Ini…
Oleh: Afiza Kamarulzaman
Kredit foto: IG Lost World Of Tambun
DARI kecil saya gemarkannya tetapi tidak mampu. Dulu, mana ada kan di dalam negara? Dan, kini apabila dibawakan di Malaysia, ia bagaikan satu pusat keseronokan yang mesti kita raikan.
Apatah lagi, setelah punya anak. Ke taman temalah, destinasi paling meriangkan!
Jangan hanya berkurung di bilik tau...
Sudah banyak taman tema saya kunjungi, tetapi kenapa setiap kali ke Lost World of Tambun, rasa teruja itu tidak pernah hilang? Kerana, selain keistimewaan di dalamnya, ia juga adalah kerana perjalanan ke Lost World of Tambun bererti membawa pulang saya ke kampung halaman juga.
Ya, saya anak jati Ipoh, Perak dan pastinya, Lost World of Tambun juga menjadi lambang kebanggan saya apabila ke sana.
Perjalanan dua jam setengah memandu dari Kuala Lumpur tidaklah jauh mana. Sebaik memasuki tol Ipoh, hanya tidak sampai setengah jam, kami sudah tiba di perkarangan Lost World of Tambun.
Destinasi pertama kami, pastinya ke Lost World Hotel untuk check in dan merehatkan diri seketika. Hotel di sini ‘just nice’. Disebabkan, mereka mahu kita menghabiskan banyak masa di taman temanya, maka ia dilengkapi kemudahan asas sahaja tetapi yang pasti buat kamu tetap selesa di dalamnya.
Kredit foto: Afiza Kamarulzaman
Apabila menginap di sini, kamu diberikan tiket percuma untuk memasuki taman temanya pada waktu malam. Antara yang boleh kamu lakukan pada waktu malam adalah berendam di Hot Springnya dan kembara ke Lumious Forest yang pasti memberikan pengalaman berbeza.
Selain itu, untuk tiket masuk ke Lost World, pelanggan yang menginap di sini akan diberi baucar diskaun 35%, maka mainlah sampai puas dari siang lanjut ke malam. Jadi, tiada istilah untuk kamu hanya rehat terbaring di dalam bilik semata-mata.
Ayuh, ikut InTrend jelajah apa yang menarik ada di dalamnya?
Kredit foto: Afiza Kamarulzaman
Saujana mata, udara segar, air jernih
Itu antara tiga poin penting kalau orang tanya apa istimewanya Lost World of Tambun kepada saya? Inilah kekayaan dan keistimewaan yang ada pada taman tema ini. Dikelilingi gunung-ganang dan gua batu yang berusia jutaan tahun lamanya, ia memberikan satu permandangan yang sungguh menakjubkan.
Udaranya bersih membuatkan setiap hirupan nafas menusuk ke kalbu dengan kesegaran yang tiada di Kuala Lumpur. Air yang disalurkan juga jernih dan bersih.
Tidak ragu-ragu untuk membiarkan anak kecil mandi sepuasnya.
Kredit foto: Afiza Kamarulzaman
Percaya atau tidak, sebelum sampai ke sini, saya mengidap selsema hampir seminggu. Dan, selepas dua hari satu malam menghabiskan masa di sini, usai pulang ke Kuala Lumpur, selsema saya hilang!
Ajaib, bukan? Itulah kuasanya apabila kita dikelilingi oleh persekitaran yang sihat. Saya sempat mandi di kolam air panasnya seberapa lama, siand dan malam. Di situ terdapat beberapa kolam air panas yang berbeza suhunya.
Jadi, kamu punya pilihan untuk suhu yang disukai.
Kredit foto: Afiza Kamarulzaman
Tarikan utama yang tidak mengecewakan...
Terdapat taman kering dan basah yang disedikan menjadikan kunjungan di sini sememangnya lengkap dan sempurna. Berikut adalah tarikan yang terdapat di dalam Lost World of Tambun yang mesti kamu lawati, jangan skip walau satu pun kerana semuanya menarik untuk dirasai.
- Lost World Water Park
- Lost Wolrd Amusement Park
- Lost World Lupe’s Adventure
- Haunted Chambers
- Lost World Tiger Valley
- Luminous Forest
- Catopia
- Lost World Tin Valley
- Lost World Hot Spring & Night Park
- Lost World Crystal Spa
- Lost World Swan Lake
- Lost World Animal Care Centre
- Lost World Petting Zoo
- Hippo Kingdom
- Lost World Adventure Park
Terdapat juga persembahan khas mengikut jadual ditetapkan. Antaranya Humalaya Malayana, Malayana Story, Wefie with Cool Tribe, Awesome Pool Party with DJ, Tiger & Friends, Awesome Pool Party, Splash Party, Tales of The Tribe dan Flaming Percussion.
Kredit foto: Afiza Kamarulzaman
Istimewa! GARFIELD & FRIENDS HOLIDAY PARTY
Saya bertuah, kerana pada waktu saya ke sini, mereka sedang mengadakan persembahan istimewa daripada karekter kartun popular Garfield and Friends. Persembahan ini sempena cuti sekolah hujung tahun ini dan akan beakhir pada 1 Januari 2019.
Terdapat banyak aktivti dan hadiah menarik disediakan untuk menghiburkan anak-anak yang ke sini pada musim hujung tahun ini.
Antara yang dibawakan sesi ini adalah Meet & Greet with Garfield and Friends, Garfield and Friends Show, Garfield Station Games dan House of Garfield. Pada hujung minggu pula, ada DIY Christmas Hat, Garfield 40th Anniversary Celebration dan Purr-fect Holidaze Show. Wah, seronoknya!
Dapat pula selfie dengan karekter-karekter kartun popular dunia ini. Ia pasti meninggalkan kenangan manis.
Makanan sedap-sedap belaka
Kalau ke sini, jangan risau perut yang lapar kerana Lost World of Tambun menyediakan variasi makanan dan minuman yang tidak hanya mengenyangkan tetapi sangat sedap setanding di restoran di luar.
Antara kafe dan kedai makan yang terdapat di sini ialah Garden Terrace, Kukuntalu Hawkers, Lost World Coffee, Lost World Ipoh Street, Namaste, Tutti Frutti Frozen Yogurt, Dulang Tea House, Postcards Lounge, 1901 Sausages, Lupe’s Kiosk dan Hippo Kingdom Kiosk.
Yang sempat saya cuba tempoh hari ialah sajian sarapan pagi di Garden Terrace. Masakan makan pagi yang sungguh menyelerakan. Tidak ketinggalan di Ipoh Street yang menyajikan makanan tempatan popular seperti Nasi Ayam Taugeh, Mi Kari, Tau Fu Fah dan Sate yang lima bintang rasanya.
Tengah hari itu, kami menikmati Nasi Kandar yang sehingga kini saya rindui nikmatnya. Oh, petang itu juga saya dan suami sempat menikmati secawan teh tarik dan beberapa keping biskut di Dulang Tea House sambil melihat pengujung mendulang bijih timah di hadapan warung itu. Indahnya...
Jangan tunggu lagi untuk ke sini...
Ambillah masa, bawalah keluarga tersayang ke sini. Ia mesra pengguna kerana menyediakan kemudahan yang diperlukan seperti tandas, surau, peti simpanan, bilik bayi, kerusi roday, kereta bayi dan sebagainya.
Tiket boleh dibeli secara online atau terus ke Lost World of Tambun. Kamu tidak akan rugi atau berasa bosan kerana boleh meluangkan masa dari pagi hingga ke malam hanya di sini.
Selamat bercuti semua. Ingat, luangkan masa berharga bersama tersayang kerana ia tidak mungkin boleh diputar lagi...
Must-Watch Video