Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
fesyen

“NABILA Simple Orangnya, Gaun Putih Pilihannya Itu Bantu Sampaikan Mesej Lagu,” – Penata Gaya.

Afiza Kamarulzaman 16/03/2021 | 13:07 MYT
Penampilan sempurna seseorang selebriti itu, pasti berdirinya sekumpulan ‘tukang gaya’ yang bekerja keras. Walau apa pun yang berlaku di sebalik Anugerah Juara Lagu tempoh hari, yang pasti semua peserta sudah pun menarik nafas lega dengan langsainya tanggungjawab malam itu.
Nabila Razali yang membawakan lagu ciptaan Hael Husaini, Peluang Kedua malam itu antara yang mencuri tumpuan. Bukan hanya kerana lagu hits yang dipertandingkan, malah gayanya sungguh mempesona. Seperti yang kita tahu, Nabila orangnya sangat simple gayanya. Apabila sesekali bersiap sempurna, wah, dia nampak sesuatu!
Menurut Penata Gayanya malam itu, Khairul Abidin, mengikut perbincangan antara beliau bersama Nabila dan Pereka Fesyen, Nuritha Harith, Nabila memang mahukan gaya yang simple daripada segi warna mahupun detailing busana yang akan digayakan. Nabila sendiri yang utarakan kemahuannya mahu gaun putih.
Kredit Foto: Khairul Abidin
“Gaun putih kalau salah percaturan mungkin akan kelihatan seperti wedding dress. Justeru, saya dan Nuritha saling bertukar pendapat bagaimana untuk menampilkan dress itu kekal dalam persalinan yang sesuai untuk pentas gah seumpamanya.
Kalau diteliti, walaupun dress itu ditaburi labuci, namun ia tiada kemasan berkilat, tampak matte saja. Menjadikannya bias nude. Sesuai dengan mood lagu itu yang menggambarkan perasaan sedih dan dramatik,” Ulas Khairul Abidin di sebalik idea pembikinan gaun tersebut.
Kredit Foto: Khairul Abidin
Solekan Pelengkap Gaya
Nabila juga mahukan solekan simple, sesuai dengan mesej lagu tersebut. “Terima kasih kepada jurusolek malam itu, Bee Ramiza yang berjaya merealisasikan solekan seperti yang dibayangkan. Walaupun dalam nada sederhana, ia tetap mencantikkan Nabila untuk berada di atas pentas gah seperti itu,” ujar Khairul lagi.
Solekan malam itu nampak sangat berseri dan buat kulit Nabila tampil segar. “Ya, Bee Ramiza juga sudah biasa menyolekkan Nabila, jadi dia lebih tahu bagaimana membaca wajah Nabila dengan sedikit ‘ekstra’ mekap tanpa hasil yang keterlaluan.”
Kredit Foto: Khairul Abidin
Ia Pengalaman Yang Sungguh Indah
Akhiri Khairul Abidin, “saya senang sekali bekerja dengan Nabila. Dia tidak banyak kerenah dan tidak punya permintaan yang bukan-bukan. Apa saja yang kami cadangkan, dia setuju dan percayai. Sungguh, tiada walau sedikit masalah sepanjang proses penataan gaya malam itu. Semuanya berjalan lancar dan indah-indah semuanya.”
Tambahnya lagi, dia yakin dengan kemampuan dan bakat yang dimiliki Nabila untuk terus maju pada masa hadapan. Nabila seorang yang sangat kuat bekerja dan berdisiplin, tambahan pula kini memiliki perniagaan sendiri, Insya-Allah pasti ada cahaya gemilang untuknya kelak.
“Saya berharap dapat terus bekerjasama dengan beliau pada masa akan datang. Terima kasih Nabila untuk semua kenangan ini...” tutur Khairul Abidin mengakhiri perbualan.
Kredit Foto: Khairul Abidin
#Nabila Razali #AJL #Peluang Kedua
;