gaya hidup
Nak ‘Travel’ Luar Negara? 17 Negara Ini Sedia Terima Kunjungan Pelancong Dari Malaysia. Wah, Menarik Ni!
Sejak pengumuman Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob Ahad lalu mengenai peratusan dewasa yang sudah lengkap vaksinasi mencapai angka 90 peratus, serentak itu kebenaran merentas negeri dibenarkan semula. Dan dalam pengumuman tersebut juga, kerajaan turut bersetuju membenarkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui My Travel Pass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Sungguhpun begitu, pengembara yang pulang ke tanah air masih perlu menjalani SOP seperti biasa iaitu kuarantin wajib sebaik tiba.
Negara berwarna hijau dan hijau muda menerima kemasukan pengembara dari Malaysia.
Pastinya pengumuman ini disambut dengan kegembiraan buat seluruh rakyat Malaysia khususnya yang sudah lengkap menjalani vaksinasi kerana boleh melancong ke luar negara semula selepas hampir dua tahun bergelumang dengan pandemik ini.
Dan menurut laporan Astro Awani, sehingga kini terdapat lebih 40 buah negara menerima kehadiran pengembara dari Malaysia bagi yang lengkap divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin. Jom semak senarai antara negara yang boleh dilawati rakyat Malaysia:
- Maldives
Kredit Foto: Google
Pengembara yang tiba dari UK dan lengkap divaksin perlu dikuarantin empat hari, sementara yang tidak divaksin perlu menjalani kuarantin selama 14 hari. Apa yang perlu dilakukan adalah lampirkan keputusan negatif RT-PCR yang dibuat dalam tempoh 96 jam.
Kredit Foto: Google
- Dubai UAE
Kredit Foto: Google
- United Kingdom (UK)
Selain tiga negara diatas, berikut antara negara yang membenarkan kemasukan individu yang lengkap divaksin, bebas COVID-19 dan tidak perlu jalani kuarantin:
- Brazil
- Kanada
- Mesir
- Belanda
- Pakistan
- Turki
- Amerika Syarikat
- Jerman
- Jordan
- Ireland
- Finland
- Mexico
- Sepanyol
- Switzerland
Sumber: Astro Awani