gaya hidup

Narcissistic Personality Disorder (NPD) Bukan Penyakit Gila, Hanya Perasaan UNGGUL Yang Berlebihan Dan...

Afiza Kamarulzaman
31/12/2020
08:20 MYT
Sponsor Banner
Narcissistic Personality Disorder (NPD) Bukan Penyakit Gila, Hanya Perasaan UNGGUL Yang Berlebihan Dan...
Menurut laman sesawang Mayo Clinic, Narcissistic Personality Disorder (NPD) atau Gangguan Personaliti Narsistik ialah salah satu daripada beberapa jenis gangguan personaliti. Ia satu situasi di mana seseorang itu mengalami keadaan mental yang berderia kuat dalam menjaga kepentingan sendiri, keperluan yang mendalam untuk meraih perhatian dan kekaguman yang berlebihan.
Individu ini juga selalu berdepan dengan hubungan bermasalah dan kurangnya rasa empati terhadap orang lain. Namun, di sebalik topeng keyakinan yang melampau yang ada dalam diri orang yang mengidap NPD ini, mereka sebenarnya berlawan dengan perasaan dan harga diri yang rapuh untuk menerima kritikan walau sedikit pun.
NPD ini juga menimbulkan banyak masalah dalam kehidupan si pengidap itu. Antaranya, hubungan sesama manusia, kerjaya, sekolah atau urusan kewangan. Mereka biasanya tidak berpuas hati dan sering kecewa apabila tidak diberi nikmat atau perhatian khusus yang mereka dambakan. Orang di sekelililngnya juga selalu tidak selesa bersamanya.
Kredit Foto: Google
Simptom NPD:
  • Mempunyai rasa pentingkan diri yang berlebihan
  • Mempunyai rasa berhak dan memerlukan perhatian dan penghormatan berterusan dan berlebihan
  • Berharap untuk diiktiraf sebagai yang unggul walaupun tanpa pencapaian yang setara
  • Membesar-besarkan pencapaian dan bakat yang dimiliki
  • Menyibukkkan diri dengan khayalan tentang kejayaan, kekuatan, kecemerlangan, keindahan atau pasangan yang sempurna
  • Percayalah bahawa mereka seorang yang unggul dan hanya dapat bergaul dengan orang yang sama tarafnya
  • Sentiasa memonopoli perbualan dan memperkecilkan atau memandang rendah orang yang mereka anggap lebih bawah
  • Mengharapkan layanan paling istimewa dan jangan dibantah permintaan mereka
  • Suka mengeksploitasi orang lain untuk mendapatkan apa yang mereka mahu
  • Tidak berupaya dan tidak mahu memahami keperluan dan perasaan orang lain
  • Berasa iri kepada orang lain dan percaya orang lain juga iri kepadanya
  • Berperwatakan sombong, kelihatan mendabik dada, angkuh dan bangga diri
  • Sentiasa mahu menjadi yang terbaik – contohnya, memiliki kereta atau pejabat terbaik
Kredit Foto: Google
Pada masa yang sama, orang yang mengalami NPD ini turut menghadapi masalah untuk menangani apa saja yang mereka anggap sebagai kritikan, dan mereka menjadi:
  • Tidak sabar atau marah apabila mereka tidak mendapat layanan istimewa
  • Mempunyai masalah interpersonal yang ketara dan mudah rasa kekurangan
  • Bertindakbalas dengan kemarahan atau penghinaan dan cuba memperkecilkan orang lain untuk menjadikan diri mereka kelihatan hebat
  • Mengalami kesukaran mengawal emosi dan tingkah laku
  • Mengalami masalah besar dalam menangani tekanan dan menyesuaikan diri dengan perubahan
  • Rasa tertekan dan murung kerana tidak sempurna
  • Mempunyai perasaan tidak selamat, malu, mudah tersinggung dan terhina
Adakah Mereka Perlu Berjumpa Doktor?
Pengidap NPD mungkin tidak mahu berfikir bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan diri mereka. Justeru, agak sukar untuk mereka ini pergi mendapatkan rawatan. Sekiranya mereka menemui pakar, kemungkinan terdapat gejala kemurungan, penggunaan dadah atau alkohol, atau masalah kesihatan mental yang lain. Sikap mereka yang akan berasa terhina dan tercalar harga dirinya jika mereka mendapatkan rawatan menjadikan kes ini lebih sukar.
Sekiranya anda mendapati terdapat tanda-tanda yang dinyatakan tadi dalam diri anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa pakar bagi membantu mendapatkan rawatan yang diperlukan. NPD bukanlah satu kesalahan jenayah, cuma ia perlu diperhalusi dan dibantu. Mungkin juga anda kenal individu rapat yang mempunyai gejala ini, diharapkan dapat dibantu mereka untuk melalui kehidupan ini dengan lebih tenang dan sejahtera.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar