Read
NEELOFA Berucap di Pentas “MiSK-UNDP Youth Forum” NEW YORK — Moga Ramai Gadis Malaysia Terinspirasi!
Oleh: Shawn Amer
Sumber foto: @neelofa
MENGAPA anda mengembara? Apakah untuk melihat dunia, atau anda mahu dunia melihat anda?
Demikian antara petikan menarik daripada ucapan hijabi kesayangan Malaysia, suri teladan millennial bertaraf jutawan — Noor Neelofa — yang menjadi tular di laman sosial sejak dia muncul sebagai panelis mewakili anak-anak muda Malaysia di pentas dunia.
Sumber foto: @neelofa
Sumber foto: @neelofa
Bagi yang mengikuti Neelofa di laman sosial terutamanya Instagram, anda pastinya sudah maklum mengenai pemergian Neelofa ke Kota New York untuk memenuhi undangan “MiSK-UNDP Youth Forum”.
Untuk makluman anda, “MiSK-UNDP Youth Forum” merupakan sebuah platform perbincangan yang memfokuskan kepada usaha pemupukan pemahaman antara budaya, toleransi, saling menghormati dan etika kewarganegaraan global dan tanggungjawab bersama. Mewakili Malaysia, ini merupakan kali pertama Neelofa dijemput untuk menghadiri forum seumpamanya.
Sumber foto: @neelofa
Diberi peluang berkongsi pentas taraf dunia bersama mereka yang mempunyai reputasi besar dalam bidang masing-masing, Neelofa semestinya sangat teruja tetapi dalam masa sama berasa gementar dengan tanggungjawab besar yang diberikan, kerana secara tidak langsung, beliau membawa nama Malaysia ke forum tersebut.
Walaupun mempunyai perbezaan jam yang agak lama, sedari jam 1.00 pagi lagi, peminat-peminat Neelofa sudah sedia menanti di hadapan komputer untuk melihat aksi Neelofa secara “live streaming” walaupun Neelofa hanya dijadualkan untuk naik ke pentas pada jam 2.00 pagi.
Sumber foto: @neelofa
Membahaskan topik “Kepelbagaian Budaya dan Daya Kreativiti Untuk Pembangunan Mampan dan Keamanan”, Neelofa banyak menjadikan pengalaman peribadi dan keadaan sosial di Malaysia sebagai contoh sepanjang pengucapan beliau selama 30 minit.
Sumber foto: @neelofa
Melihat respons yang diterima di laman sosial, rata-rata netizen memuji keberanian dan kelantangan idea yang dikongsi oleh Neelofa. Netizen juga menyarankan agar lebih banyak anak Malaysia terutamannya golongan selebriti, mampu menjadikan penglibatan Neelofa ini sebagai satu contoh kejayaan yang wajar dicontohi.
Sumber foto: @neelofa
Nampaknya, 2017 benar-benar tahun yang sibuk bagi Neelofa. Dalam kesibukan di set penggambaran ‘Red Velvet’, dia masih sempat lagi ke New York dan terus terbang ke Milan untuk satu lagi urusan kerjaya, tentu sekali bersama jenama yang amat sinonim dengannya kini — iaitu Swarovski!
Untuk Neelofa, semoga terus terbang tinggi mengharumkan nama Malaysia!