Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Highlights

Nenek Dah Tak Ada – Abil Terkilan Tak Dapat Jumpa TOK MAH Beritahu Abil Dah Belajar ‘Ngaji’ Tak Payah Suruh...

Afiza Kamarulzaman 02/08/2021 | 11:04 MYT
Berita itu disampaikan oleh Amy dan Nabila Huda di laman Instagram masing-masing. Nenek Nabila iaitu ibu kepada Amy, Hajjah Fatimah Haji Idris meninggal dunia semalam jam 6 petang di rumah anak saudara Amy, di Sunway Rimba Hills, Kota Damansara dan disahkan oleh Penolong Kanan Hospital Sg Buloh pada jam 10.45 hari yang sama.
Allahyarhamah selamat dikebumikan pagi tadi di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara. Kelihatna Amy antara yang sempat memandi, mengiringi dan menanam jenazah. Menerusi gambar dan video yang dikongsikan, ternyata suasana sangat hening dan penuh hiba sepanjang proses pengurusan jenazah.
Abil sempat berkongsi di Instastorynya tentang memori bersama Nenek yang sangat dirinduinya itu. Tahun lepas, Abil turut kehilangan seorang Nenek dan permulaan Ogos 2021 ini, sekali lagi Nenek tersayang juga dijemput Illahi. Tiada lagi panggilan Tok Mah dapat dilaungkan.
Menurut coretannya itu, Toh Mahlah insan yang mula-mula mengajarnya mengaji al-Quran. Kalau di Kampung Bakar Batu, Tok Mah sangat terkenal kerana mengajar anak-anak kampung mengaji. Pagi-pagi lagi anak-anak akan memberi salam untuk datang mengaji dengan Tok Mah, termasuklah Abil dan Abillah ‘anak murid’ paling culas.
Namun, hari ini, berlaku sebaliknya. Abil sendiri ‘menyerah diri’ belajar mengaji secara online. Jauh di sudut hati Abil, tak sabar mahu bertemu Tok Mah untuk menceritakan bagaimana Abil kini belajar mengaji tanpa perlu disuruh lagi. Setiap kali belajar mengaji, pasti wajah Tok Mah bermain di ingatan.
Namun, sudah janjinya dengan sang pencipta. Tok Mah pergi tanpa sempat Abil bersua dan bercerita untuk ke sekian kalinya. Semoga Allah tempatkan arwah bersama orang-orang beriman. Bertabahlah Abil dan seisi keluarga atas kehilangan ini. Semoga semua kebaikan arwah membawanya ke syurga.
Ameen.
*Kredit semua foto daripada IG story Amy Search.
#Nabila Huda #Amy Search #Nenek
;