Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Highlights

Netizen Puji Permaisuri Agong Guna KUALI Legend Masak Nasi Goreng – Kuali Macam Ni Lagi Best Nak Masak.

Afiza Kamarulzaman 03/09/2020 | 09:58 MYT
Sikap sederhana Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendapat pujian rakyat jelata. Baginda yang terkenal dengan sikap ramah dan merendah diri itu amat disenangi semua orang termasuklah kakitangan istana terutama di bahagian dapur istana.
Baru-baru ini, baginda memuat naik sebuah video memasaknya berdurasi tujuh minit, 57 saat yang mendapat ratusan ribu tontonan dan ribuan komen. Walaupun hanya memasak menu nasi goreng yang simple, namun video itu benar-benar menyentuh hati rakyat yang menonton.
Bukan hanya kerana ia dimasak oleh seorang Permaisuri Agong, tetapi menariknya baginda menggunakan kuali yang sudah kelihatan ‘berumur’ dan tidak berjenama langsung. ‘Kuali pesek’ itu turut diakui oleh baginda sebagai ‘legend’ dan berasal dari Lombok. Namun, tidak dinyatakan berapa usia kuali tersebut.
Kredit Foto: IG Airtangan_TunkuAzizah
Ramai Memuji Sikap Sederhana Baginda
Rata-rata komen yang diutarakan memuji sikap baginda yang amat sederhana dalam serba-serbinya. Walau bertaraf Permaisuri, namun tidak kekok turun ke dapur sambil menyantuni dan bergurau-senda dengan kakitangan istananya. Baginda sambil berseloroh mengusik ‘mak cik’ yang berada di sisi baginda tentang masak terlebih garam dan memintanya merasai nasi gorengnya itu.
Ramai juga netizen yang berkongsi pengalaman memasak menggunakan kuali sedemikian rupa dan ia memberikan rasa masakan yang lebih enak berbanding menggunakan kuali baru hatta yang berjenama. Malah, menggunakan kuali sedemikian lebih ‘enjoy’ untuk mengetuk sudip tanpa perlu risau ia tercalar atau rosak.
Kredit Foto: IG Airtangan_TunkuAzizah
Resipi Nasi Goreng Tunku Azizah
Bahan-bahan:
Mentega
Bawang dan cili merah tumbuk kasar
Ikan tenggiri goreng (ambil isinya carik kasar)
Telur
Garam
Cara membuat:
Panaskan mentega, tumis bawang dan cili hingga wangi. Masukkan telur, kacau hingga telur berketul. Masukkan ikan goreng, nasi dan garam. Gaul mesra. Siap!

A post shared by Tunku Azizah Iskandar (@airtangan_tunkuazizah) on

#Air Tangan Tunku Azizah #Kuali Legend
;