Highlights

Norma Berbeza, Nikmatnya Tetap Sama – Bersyukurlah, Sekurang-Kurangnya Kita Masih Boleh Beraya Seadanya.

Huda Hussain
24/05/2020
13:00 MYT
Sponsor Banner
Norma Berbeza, Nikmatnya Tetap Sama – Bersyukurlah, Sekurang-Kurangnya Kita Masih Boleh Beraya Seadanya.
Umum mengetahui inilah kali pertama seumpamanya kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam norma yang berbeza. Tetapi nikmatnya tetap sama, iaitu masih lagi beraya seadanya. Walaupun sepanjang hari ini kita tidak digalakkan bahkan sebaiknya harus elakkan daripada:
  1. Kunjung mengunjungi
  2. Menziarahi kubur
  3. Bersalaman dan mencium tangan ahli keluarga yang lebih tua
  4. Berpelukan (biasa dilakukan sesama jantina disebabkan lama tidak berjumpa)
  5. Mencium pipi atau laga pipi (kebiasaan dilakukan sesama wanita)
  6. Berkumpul beramai-ramai sambil bersembang dalam jarak yang dekat
  7. Berkongsi makanan atau bekas makanan/minuman
  8. Berhimpit dalam kenderaan.
  9. Pemberian duit raya yang tidak digalakkan bersentuhan.
Sumber: Telegram MKN (Majlis Keselamatan Negara)
Kredit Foto: Google
Dan lantaran tidak dapat balik kampung beraya, ramai perantauan mengambil peluang untuk keluar merakam foto raya di tempat umum. Maklum sajalah, nak ziarah raya pun terhad hari pertama sahaja. Dan punya limitasi tersendiri iaitu tidak melebihi 20 orang pada satu-satu masa. Selain penjarakan sosial dan amalan penjagaan kebersihan diri seperti mencuci tangan, menggunakan hand sanitizer dan sebagainya; banyak lagi SOP perlu dipatuhi sepanjang ziarah raya.
Kredit Foto: Google
Lihat sahaja sekitar Dataran Merdeka, KLCC dan Putrajaya, ada dalam kalangan kita mengambil kesempatan untuk mengabadikan foto Hari Raya PKPB yang pertama seumpamanya berlaku dinegara kita. Kerana jika bukan PKPB, pastinya kita tidak berkesempatan merakamkan gambar buat kenang-kenangan di tempat tumpuan awam. Beginilah rasanya berhari raya di perantauan dan dalam suasana PKPB. Serba sederhana semuanya. Tetapi walau apa jua sekalipun, bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya kita masih lagi boleh beraya.
Kredit Foto: Google
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar