Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Highlights

“Papa Gelak Baca Komen Netizen Nak LOCK Koleksinya,” – Anak PAK LONG Buka Rahsia di Sebalik Rak Itu.

Afiza Kamarulzaman 19/10/2020 | 10:48 MYT
Pada saat negara dilanda pandemik Covid-19, beberapa nama menteri galak diperkatakan, terutamanya yang punya jabatan yang berkaitan. Antara yang dilihat aktif dan agresif dalam mengendalikan permasalahan baru ini ialah Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’Sri Ismail Sabri sehinggakan digelar Pak Long bagi rakyat Malaysia.
Susulan daripada kenaikan kes baru Covid-19 beberapa minggu kebelakangan ini, Dato’ Sri Ismail Sabri kembali menghiasi kaca televisyen rakyat Malaysia dengan kemunculannya setiap petang melaporkan perkembangan keselamatan Malaysia. Menariknya, selepas beliau terpaksa mengadakan sidang media langsung dari rumahnya, beliau memilih untuk bercakap berlatar belakangkan sebuah rak yang dihiasi koleksi peribadinya.
Seperti biasa, ia mengundang komen-komen netizen yang dikenali dengan sifat kelakarnya! Ramailah yang mula mahu membida koleksi yang terpapar di situ sehingga perkatan ‘lock’ menjadi viral dan gurauan balas-membalas yang menghiburkan. Bersama InTrend, anak sulung Dato' Sri Ismail Sabri, Nina Sabrina bercerita kisah di sebalik koleksi bapanya itu.
Kredit Foto: IG Nina Sabrina
Bagaimana Nina melihat Papa sebagai seorang ayah kepada anak-anak dan hero buat masyarakat?
Of course I am proud of him, I see not just the frontal but behind the scene of things. Dalam apa jua situasi, saya gembira untuknya kerana saya tahu dia juga suka dengan apa yang dilakukannya. Papa memang dilahirkan sebagai seorang yang sangat mengambil berat dan prihatin. Tidak hanya dengan keluarga sendiri, malah kepada staf dan rakyat di kawasannya di Bera juga. So I see him doing it so naturally out of care and love towards everyone. Itulah Papa yang saya kenali dari dulu sehingga kini.
Nama Dato' Sri Ismail Sabri kembali hangat selepas negara dilanda Covid-19, pastinya itu juga membawa maksud kesibukannya berganda. Bagaimana rutin kerja beliau pada saat PKP?
Ya, tidak dinafikan beliau sangat sibuk. Jadualnya super pack dari pagi hingga ke lewat malam. Begitulah kalau namanya bekerja dan berkhidmat untuk negara. Papa pun sudah biasa dengan rutin sebegitu, ia bukan perkara baru. Apa yang saya nampak, Papa memang seronok kembali melakukan sesuatu yang memang beliau suka untuk buat. Okeylah tu, dah berehat 22 bulan. Sekarang back to back bekerja semula. Papa jenis yang tak boleh duduk diam lama-lama, mesti ada sesuatu yang dia kena buat. So busy is definitely good for him.
Kredit Foto: IG Nina Sabrina
Bagaimana beliau work from home apabila terpaksa menjalani kuarantin 14 hari di rumah?
Papa memang ada ruang pejabatnya di rumah. Setiap pagi, Papa akan bangun subuh, main-main sekejap dengan kucing-kucingnya dan bersarapan dengan Mama. Kemudian, barulah Papa memulakan kerja secara online. Walau dalam keadaan kuarantin, urusan kerajaan masih berjalan seperti biasa yang mana diseliakan melalui online. Kesibukannya sama saja tak kira kerja dari rumah atau di mana-mana pun. Ada kala, Mama cakap sampai dia terlupa masa lunch dia. Kalau Papa dah mula bekerja, tiada siapa akan menganggunya. Mudahnya kalau Papa bekerja dari rumah, Mama boleh tengok-tengokkan waktu makannya.
Bercerita tentang sidang media yang dikendalikan beliau, siapa yang biasanya akan menyediakan wardrobe Papa sebelum bersiaran?
My mom! Mama memang ada habit akan pilihkan semua baju Papa untuk sepanjang minggu itu pada setiap malam Ahad. Namun, kadang-kadang Papa juga akan beri input , baju apa yang ingin dipakainya? So, Mama akan siapkan. Sebenarnya, Papa ni kalau di rumah pun akan bersiap.
Tiba-tiba tular dan menjadi bahan jenaka netizen apabila Dato’ Sri muncul dengan sidang media berlatar belakangkan rak itu, siapa punya idea itu?
Actually, rak tu memang dah sedia ada di ruang kerjanya di rumah. Dalam bilik itu, memang Papa akan susun mana-mana cenderahati atau hadiah yang bermakna untuknya yang diperolehi ketika menghadiri majlis atau ke luar negara. He is a very sentimental person. Mungkin itu cara beliau menghargai hadiah atau pemberian orang kepadanya. Kad-kad ucapan yang anak-anak buat masa sekolah pun masih ada lagi dan disimpan di bilik itu sehingga kini. Selalunya, my momlah tukang susun barang-barang tu.
Kredit Foto: IG Nina Sabrina
Apa reaksi Dato’ Sri apabila membaca komen-komen netizen yang nak ‘lock..lock’ barang tu?
Jujurnya, masa mula-mula orang sibuk cakap pasal lock..lock tu, kita pun tak faham apa maksudnya? Apabila dah tahu, kami gelak sajalah. Kalau Papa sempat baca komen-komen tu sebelum tidur, dia akan baca dan kongsi dalam family group. Kalau nak tahu, Papa pun terhibur baca komen-komen netizen. Kata Papa lagi, rakyat Malaysia ni memang kreatif!
Benarkah koleksi itu akan ditukar setiap hari?
Yes, betul. Papa cakap tak adalah bosan sangat sidang media nanti, boleh juga menghiburkan hati netizen. Hahaha… Although it’s petty but little things like this can put a smile on people face. Buka bermakna kalau jadi menteri kena serius dan jadi macam robot je kan. Benda-benda simple yang kita rasa kelakar ni pun boleh dikira sebagai cara bermesra dengan rakyat.
Apakah koleksi kesayangan Papa di situ?
I have to say most of it sebab itulah semuanya disimpan dan dijaga dengan baik. Ada sesetengah barang yang dah ada sejak saya bersekolah lagi. Tapi kalau anda semua tengok betul-betul, sebenarnya di belakang Papa tu ada gambar kami empat beradik, in a very old fashioned frame. Gambar tu mungkin ada dalam beberapa salinan yang beliau letak di semua pejabat dan rumahnya. Kami selalu bising kenapalah Papa tak letak gambar baru? Papa cakap; “That will always be his favourite picture of us.
Apa harapan dan pesanan Nina dan Papa sendiri melihatkan situasi sekarang ini?
I hope that we will get to flatten the curve once again, bukan untuk Malaysia saja tapi seluruh dunia. Seperti harapan jutaan manusia lain, ya saya juga berharap, kita akan temui vaksin secepat mungkin kerana ini umpama domino effect, if goes beyond just us, so i hope that the world will get through it ASAP. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua frontliners, saya tahu mereka pastinya letih bekerja untuk kita setiap hari. Juga, penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia kerana kita mampu terus bersatu memerangi wabak ini berbanding dengan negara lain yang masih tidak menentu. Setiap pendapat yang diusulkan, sama ada baik atau sebaliknya, pasti akan membantu pihak berkuasa megendalikan pandemik ini. Ini permasalahan baru dan saya yakin mereka sentiasa cuba mencari penyelesaian terbaik untuk meningkatkan SOP dari masa ke semasa. So to me every Malaysian played their part in this, well done to all!
Kredit Foto: IG Nina Sabrina
#Nina Sabrina #Dato' Sri Ismail Sabri #Lock
;