Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Highlights

Perempuan Mesti Pandai CARI DUIT Sendiri Jika Keinginan Lebih Dari Kemampuan Suami – Nak Beli Apa, Orang Tak Kata!

Afiza Kamarulzaman 14/05/2020 | 13:19 MYT
Memanglah mencari rezeki dan mencukupkan keperluan isteri dan keluarga itu tanggungjawab suami. Kalau itu yang menjadi pegangan kamu, maka jangan pula mengeluh apabila suami tidak mampu membawa kamu berjalan ke sana ke sini atau menghiaskanmu dengan kalungan emas. Kerana, tanggungjawab suami adalah melengkapkan keperluan dan bukannya memenuhi kehendak isteri yang kisahnya lebih kepada nafsu.
Jika suami tidak mampu, menjadi satu dosa pula bagi seorang isteri meminta-minta sesuatu yang suami tidak berdaya untuk adakan. Allah SWT berfirman yang maksudnya; “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah memberi mengikut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah darpadai harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sekadar) apa yang Allah berikan kepadanya.” (QS : Ath-Thalaq : 7).
Ternyata seorang isteri tidak berhak untuk meminta kemewahan yang berlebihan-lebihan kepada suami. Cukuplah dengan nafkah yang mana menjadi keperluan dirinya dan anak-anaknya. Apatah lagi, jika si suami sememangnya tidak berkemampuan lalu menjadi beban kepadanya sehingga suami menjadi susah dan tidak tenteram. Firman Allah lagi; “Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajiban menurut cara yang ma’ruf” (QS : Al-Baqarah : 228).
Kredit Foto: Google
Naluri Wanita Sentiasa Mahukan Lebih
Itulah hakikatnya dalam jiwa setiap wanita yang sukakan perhiasan yang cantik-cantik dengan nafsu yang tidak pernah surut. Mudah terpengaruh apabila melihat sesuatu yang memikat hatinya. Lalu, jiwanya tidak akan tenteram selagi tidak memperolehinya. Kemahuan itu lumrah, namun ia juga sebahagian daripada bisikan syaitan yang sentiasa menggoda anak Adam dengan pelbagai cara.
Mungkin dengan cara itu ia dapat memisahkan hubungan suami dan isteri. Keluarga berantakan. Fitnah tercetus dan pelbagai lagi sengketa hanya daripada punca yang kecil yakni keinginan wanita yang tidak tertunai itu. Maka, sebagai isteri yang cerdik carilah jalan keluar yang bijak dan rasional. Seandainya, kamu mampu menahan diri daripada nafsu itu, maka teruskan reda dan cekal. Atau, berusahalah untuk mencari pendapatn sendiri dengan izin suami.
Kredit Foto: Google
Cara Cari Duit
Kredit Foto: Google
Bersyukur Dengan Apa Yang Ada
Ini sahajalah jalan terbaik untuk kita sentiasa memujuk diri dan melenyapkan hasutan syaitan. Jika kita sendiri tidak mampu untuk mengadakan apa yang kita mahu dan suami tidak juga tidak berupaya, maka bersederhanalah. Jangan terus memikirkan tentang itu sehingga membawa pertelingkahan sesama kita. Didik hati untuk sentiasa bersyukur dan hargai apa saja yang diberikan suami.
Tidak perlu terikut-ikut trend atau melihat apa orang ada, kita juga mesti ada. Lain orang, lain kayu penyukatnya. Kata orang besar periuk, besarlah kerak. Mungkin dia mampu memiliki barang yang sangat kita dambakan tetapi dia tidak punya kebahagian yang kita miliki bersama suami dan anak-anak sekarang ini. Maka, jangan melihat cantiknya gunung di seberang sana, sedangkan rumput menghijau di depan mata, kamu abaikan.
Kredit Foto: Google
#Isteri Berdikari #Super Woman
;