Highlights
Permohonan Lanjutan Moratorium – Boleh Mohon Jika Perlu Dan Mahu. Semak Laman Web Institusi Perbankan Anda.
Ada yang masih mampu menjalani kehidupan seharian seperti biasa. Namun tahukah anda, ramai juga diluar sana yang bercatu-catu dalam berbelanja dan membeli barang keperluan? Terutamanya keperluan asasi seperti makanan. Semuanya terkesan dan terjejas susulan situasi pandemik Covid-19 yang memberi impak besar dalam kelancaran ekonomi negara.
Kredit Foto: Google
Lantaran itu, tempoh lanjutan moratorium sekali lagi ditawarkan untuk membantu meringankan beban kewangan khususnya kepada golongan yang terjejas. Jika sebelum ini semasa tempoh PKP sekitar Mac lalu, ia mula diperkenalkan lalu dilanjutkan sehingga Disember. Terkini, pemohon yang berkelayakan boleh cuba membuat permohonan sama ada secara dalam talian ataupun perlu mengisi boring mengikut syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan masing-masing.
Kelayakan:
1️. Golongan Terjejas Pendapatan
2️. Pengusaha mikro, kecil dan sederhana
3️. Golongan B40
4️. Golongan M40 (Terpulang pada bank)
Dua Pakej Moratorium (Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar):
1️. Menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan; atau
2️. Mengurangkan ansuran bulanan pembiayaan sehingga 50% selama enam bulan
Kredit Foto: Google
Link Bank (Untuk Permohonan):
- BANK ISLAM: https://tinyurl.com/lanjutamoratoriumbankislam
- BANK RAKYAT: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumbankrakyat
- AGRO BANK: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumagrobank
- PUBLIC BANK: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumpublicbank
- KUWAIT BANK: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumkuwaitbank
Selepas permohonan online, bank akan semak kelayakan kita. Selalunya bank akan hubungi peminjam untuk pengesahan. Cara permohonan setiap bank berbeza, ada yang isi online form, ada yang perlu email.
Sumber: Amin Zaki