Highlights
Pertama Kali Ketua Keluarga Jadi Imam Solat Terawih? Tahniah, Yang Penting Jangan Gelabah! Ikuti Panduan Ini.
Sungguh, jika kita lihat banyak perkara positif mengenai PKP ini; maka hasilnya juga akan positif. Contoh mudah adalah amalan solat berjemaah bersama keluarga. Mungkin ada yang kekok sementelahan tidak biasa dengan rutin ini. Menjadi kelaziman bagi sesetengah keluarga yang solat ‘sendiri-sendiri’.
Dan apabila termaktub PKP dan kini sudah memasuki bulan Ramadan, maka sewajarnya kita manfaatkan peluang yang mungkin datang sekali ini sahaja dalam hidup kita. Bagi ketua keluarga pula, sudah pasti tanggungjawab mengemudi nakhoda tergalas dibahu anda. Jika elok caranya, maka eloklah juga hasilnya. Sebaliknya jika pincang hala tuju, terumbang-ambing dan sebagainya; maka binasalah seluruh keluarga.
Kredit Foto: Google
Belum terlewat untuk memulakannya. Kerana maklum, untuk memulakan sesuatu yang baru, diluar kebiasaan pasti sukar dan payah. Tidak mengapa, ambillah masa ini untuk memanfaatkannya. Didik isteri dan anak-anak kembali ke jalan yang diredhainya demi mencapai keluarga sakinah mawaddah warahmah.
Mengenai Solat Terawih
Melaksanakan solat sunat tarawih adalah antara amalan-amalan yang begitu dituntut (sunat muakkad) dalam bulan Ramadhan. Ia boleh dilakukan secara bersendirian di rumah mahupun berjemaah di masjid dan surau. Dan sementelahan musim PKP ini, kita dianjurkan menunaikan solat Terawih di rumah.
Tarawih ertinya Istirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’. Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu (Hadis riwayat Muslim)
Kredit Foto: Google
Ringkasan cara solat Terawih yang seperti yang dikongsikan oleh Dr Abu Anas Madani adalah seperti berikut:
- Apabila masuk waktu Isyak, laungkan azan Isyak
- Selepas itu, solat sunat sebelum Isyak bersendirian (iaitu solat sunat Qobliah 2 rakaat)
- Solat Isyak 4 rakaat secara berjemaah dengan khusyuk dan sempurna
- Jangan terus solat Terawih
- Selepas itu, solat sunat selepas Isyak bersendirian (iaitu solat sunat Ba’adiah 2 rakaat)
- Sembahyang Terawih 2 rakaat
- Baca Al-Fatihah dan surah
- Bangun lagi untuk solat terawih 2 rakaat
- Baca Al-Fatihah dan surah
- Bangun lagi untuk sembahyang terawih 2 rakaat
- Baca Al-Fatihah dan surah
- Bangun lagi untuk solat terawih 2 rakaat
- Baca Al-Fatihah dan surah
- Selesai solat Terawih 8 rakaat dengan 4 kali salam
- Jika mahu, boleh teruskan sehingga 20 rakaat
Kredit Foto: Google