Highlights

Protokol Fesyen Kerabat di Raja British – Kenapa RATU ELIZABETH II Suka Pakai Baju Rona Terang, Topi Dan Gloves?

Afiza Kamarulzaman
18/11/2020
12:19 MYT
Sponsor Banner
Protokol Fesyen Kerabat di Raja British – Kenapa RATU ELIZABETH II Suka Pakai Baju Rona Terang, Topi Dan Gloves?
Kita yang lahir sebagai rakyat biasa pasti teruja setiap kali melihat susuk figura bangsawan berada di tengah khalayak. Walaupun tidak dapat menatap secara depan mata, dapat melihat dari kejauhan, menerusi media massa pun sudah cukup ‘menghiburkan’. Pastinya gaya dan stail berpakaian mereka mencuri perhatian.
Kita pasti mahu tahu bagaimana seseorang kerabat di Raja itu berfesyen terutamanya ketika menghadiri majlis rasmi? Kalau penulis dulu, suka benar melihat gaya mendiang Lady Diana. Sentiasa berangan, ‘kalaulah aku seorang Puteri...’ Hahaha... Ia hanya angan-angan anak perempuan apabila melihat cantiknya seorang Puteri.
Ayuh, kita teliti satu-persatu bagaimana protokol penggayaan fesyen ahli keluarga di Raja British ini terumant buat Ratu yang sentiasa menjadi fokus tumpuan orang ramai tidak kira di mana sahaja baginda mencemar duli.
Kredit Foto: Google
  • Topi
Pemakaian topi adalah ‘mesti’ untuk setiap kerabat perempuan terutamanya jika menghadiri majlis rasmi. Ia adalah lambang keanggunan permaisuri dan puteri.
Kredit Foto: Google
  • Warna Kuku
Kaum kerabat di Raja perempuan boleh mewarnakan kuku mereka tetapi bukan daripada warna-warna yang fancy. Mereka hanya boleh menggayakan kuku rona pastel seperti merah jambu cair.
Kredit Foto: Google
  • Pengantin Perempuan
Setiap pengantin perempuan wajib memakai tiara ketika majlis resepsi. Kate Middleton pernah meminjam tiara milik Puteri Diana ketika hari perkahwinannya.
Kredit Foto: Google
  • Seluar Putera Kecil
Putera kecil tidak boleh memakai seluar panjang, sebaliknya hanya menyarungkan seluar pendek ke majlis rasmi sampai satu tempoh usia yang dibenarkan menggayakan seluar panjang.
Kredit Foto: Google
  • Sarung Tangan
Ratu sentiasa memakai sarung tangan terutamanya apabila berada di majlis melibatkan ramai orang. Ini kerana baginda perlu bersalaman dengan orang ramai, ia sebagai perlindungan. Sebaliknya, mendiang Puteri Diana tidak mengikut cara ini. Tidak hairanlah kenapa beliau digelar ‘The People’s Princess’.
Kredit Foto: Google
  • Pakaian Hitam
Setiap ahli keluarga perlu sentiasa membawa pakaian hitam walau ke mana mereka pergi. Ini sebagai persediaan jika berlaku kematian mengejut dalam kalangan mereka.
Kredit Foto: Google
  • Kot
Kot mestilah sentiasa ‘stay on’. Ia dimestikan untuk kerabat wanita ketika menghadiri majlis rasmi kerana pemakaian selain kot akan menampakkan mereka seperti ‘Unladylike Action’.
Kredit Foto: Google
  • Beg Tangan
Beg tangan bukan sekadar koleksi yang dibimbit oleh Ratu. Ia sebaliknya menjadi signal Ratu kepada pembantunya. Contohnya, jika baginda ingin meninggalkan majlis makan malam, baginda akan meletakkan begnya di atas meja sebagai tanda majlis perlu disudahkan dalam masa lima minit.
Kredit Foto: Google
  • Pantyhose
Sarung kaki dimestikan untuk wanita memakainya. Namun, Meghan Markle pernah mengingkarinya ketika menghadiri photoshoot pertamanya.
Kredit Foto: Google
  • Uniform Militari
Pakaian seragam militari juga antara yang kerap digayakan putera-putera di raja ketika menghadiri majlis rasmi.
Kredit Foto: Google
  • Denim
No denim! Ia bukanlah dilarang tetapi tidak digalakkan kerana memakai denim memberi gambaran seolah-olah ‘Not So Royal’.
Kredit Foto: Google
  • Warna Terang
Ratu dilihat suka mengenakan busana berwarna terang. Ini bertujuan untuk menyerlahkan dirinya apabila berada di tengah khalayak umum.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar