Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Highlights

Ramai Saran SHIERA Jadi Wakil Rakyat Tahun Depan – Antara Artis Terawal Bertindak, Rumah Pun Dah Jadi Pusat Bantuan

Afiza Kamarulzaman 25/12/2021 | 01:10 MYT
Memang ramai selebriti yang terkesan melihat penderitaan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa banjir kali ini. Ada yang turun padang membantu secara terus, ada yang melalui saluran NGO dan ada juga yang menggunakan pengaruh media sosial mereka menyebarkan informasi terutamanya dalam mengumpulkan bantuan.
Apa pun caranya terima kasih diucapkan. Ternyata ramai selebriti lembut hatinya, bersifat prihatin dan sentiasa berada di barisan depan apabila berlaku bencana kepada rakyat Malaysia, yang pastinya ada antara mangsa itu kalangan peminat dan pengikut setia mereka juga. Inilah keistimewaan yang dipuji dalam kalangan rakyat Malaysia.
Antara selebriti yang aktif membantu yang menarik perhatian penulis ialah pelakon, pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah. Dia antara figura yang paling awal memberi respons terhadap bencana banjir ini. Kebetulan, malam kejadian (menerusi perkongsian di Instagramnya), dia dan suami berada di sekitar Kuala Lumpur.

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Kongsinya, hujan sangat lebat dan ada beberapa kawasan lembah klang, air mulai naik. Sebaik tiba di rumahnya tengah malam itu, berlaku tanah runtuh di simpang jalan rumahnya. Itu juga sudah memberi petanda bencana lebih buruk bakal berlaku di lembah klang.
Tidak lama selepas itu, memang benar apabila kita dikejutkan dengan paras air naik mendadak di sekitar kawasan Shah Alam menyebabkan ramai penduduk terperangkap di laluan masing-masing. Shiera mengambil kesempatan itu berkongsi setiap informasi dan seterusnya memohon bantuan orang ramai untuk diberikan kepada mangsa.
Ternyata kuasa media sosial tidak boleh dinafikan. Tidak perlu menunggu lama, bantuan datang tanpa henti dari pelbagai orang dan tempat. Walaupun bergerak secara kecil dan bantuan yang dibuat secara peribadi, namun lama-lama kelamaan ia mula membuka mata banyak pihak.

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Sehingga ke hari ini, kawasan rumah Shiera sudah menjadi seperti pusat pengumpulan barang bantuan. Ramai rakyat Malaysia yang tidak putus-putus datang menghantar barang keperluan seperti makanan, selimut, toto, alat mandian, pakaian, alat mencuci dan sebagainya ke rumahnya. Shiera yang dibantu suami, Ijoi dan rakan-rakan lainnya sama-sama mengedarkan barangan tersebut ke kawasan yang memerlukan tanpa bertangguh.
Dari sekitar lembah klang mereka bergerak sehingga ke sekitar Pahang yang turut dilanda banjir ini. Ramai memuji usaha murni Shiera ini yang dilihat sangat ikhlas dan agresif, malah ada yang mengusik mencadangkan Shiera dilantik sebagai wakil rakyat mereka tahun depan.
Terima kasih tak terhingga buat Shiera dan selebriti lain juga yang menunjukkan usaha dan keprihatinan kalian.

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

#Sharifah Shahirah #Bantuan #Darurat Banjir
;