Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Read

Rawatan AURA WAJAH Guna Teknik Luar Biasa – “Tiada Alasan Lagi, Nak Cantik Dari Rumah Saja,” – Puan Era.

Afiza Kamarulzaman 07/08/2020 | 03:11 MYT
Trend Spa di Rumah Semakin Diminati dan Praktikal
Sudah ramai wanita hari ini yang menceburi perniagaan kecantikan khususnya yang menawarkan khidmat cantik terus ke rumah pelanggan. Ternyata, ia trend yang relevan untuk situasi sekarang ini di mana kita seharusnya membatasi pergerakan di luar rumah.
Malah, ia sesuatu yang praktikal untuk wanita yang tidak punya banyak masa meredah kesesakan jalan ke spa atau meninggalkan anak demi ‘me time’ itu.
Puan Noredawati Zulkifli atau mesra dipanggil Era ini sudah beberapa tahun menawarkan khidmat kecantikan wajah dan aura diri kepada para wanita. Dulunya, beliau mempunyai spa di Shah Alam sebelum menutupnya atas beberapa masalah dan kini lebih selesa memberikan rawatan secara terus di lokasi pelanggan.
“Mobile Spa ini adalah cara terbaik untuk wanita yang sibuk dan mempunyai komitmen di rumah yang tidak boleh berlama-lama di luar. Kami datang kepada anda untuk memberikan khidmat kecantikan mengikut keselesaan anda.
Malah, ia juga lebih jimat dan selamat kerana tidak memerlukan kos tambahan kerana tidak perlu memandu keluar,” ujar wanita berusia 37 tahun ini.
Puan Era memulakan minat ini dengan menimba ilmu berkaitan kecantikan rambut di Penang High Cut Academy selama enam bulan. Kemudiannya, menyambung pengajian untuk Vocational Training Officer.
Walaupun belajar mengenai rambut, namun anugerah Allah itu nampaknya melorongkan minatnya lebih kepada beauty spa yang selepas itu mendapat tawaran menjadi tenaga pengajar dalam bidang yang sama pada 2007.
Pada tahun 2008, Puan Era memberanikan diri membuka salun dan spa. Dari situ, beliau semakin ligat mencari ilmu dan banyak menyertai personal class untuk menajamkan lagi skill kecantikannya.
“Saya berpengalaman sebagai Perunding Kecantikan untuk produk tempata. Dari situlah, saya belajar betul-betul tentang masalah kulit. Yang bonusnya, bos saya orang Indonesia dan kebanyakan pelanggan pun orang seberang.
Pada tahun 2011, saya bekerja sebagai beauty consultant atau pembantu doktor estetik di sebuah klinik swasta. Banyak ilmu yang saya perolehi dari situ.”
Setelah banyak belajar dan mengajar, Puan Era akhirnya membuat keputusan untuk berniaga spa sendiri sekitar tahun 2013 sampailah sekarang.
Kebanyakan wanita selesa dengan mobile spa yang diperkenalkannya, malah servis yang ditawarkan Puan Era lain dari yang lain. Ia bukan seperti rawatan wajah yang biasa didapati di luar sana.
“Saya tidak ambil banyak pelanggan dalam satu hari kerana untuk melakukan rawatan ini perlu dari dalam jiwa. Barulah aura itu muncul dengan baik dan ikhlas, ia bukan sebab wang semata-mata.
Jadi, kalau ada yang kata untuk rawatan muka sahaja sampa beratus? Fikir kembali manfaatnya dan nikmati dulu efeknya selepas rawatan. Ia lebih dari nilai harga yang dibayar itu.
Semoga semua kita diberi kecantikan wajah, kesihatan diri dan kebersihan jiwa. Kita usaha dan hanya Allah yang memperkenankan,” tuturnya ramah.
Rahsia dan Teknik Rawatan Aura Wajah
Penulis sendiri sudah merasai sendiri Rawatan Aura Wajah ini. Dan, ini bukan komen paksaan kerana ternyata ia lain dari rawatan lain yang pernah penulis lakukan.
Ia memfokuskan pada urutan dan gerakan tangan dan menggunakan medium seperti batu dan kristal untuk membantu melancarkan darah, membentuk kontur wajah dan mengelokkan sel kulit.
Tiada bantuan mesin digunakan. Malah produk penjagaan kulit sepeti pencuci, masker dan pelembap juga bukan jenama mewah kerana di sini fokusknya adalah teknik merawat dan bukannya tentang produk lagi. Jadi, ia membantu mencantikkan wajah dari dalam dan terapi ketenangan jiwa.
Berikut adalah 10 gerak teknik yang dilakukan untuk rawatan ini;
1. Usapan jemari dengan lembut pada sekitar wajah, leher dan dada untuk merehatkan urat-urat.
2. Belaian dan penjagaan wajah dengan membersihkan kulit menggunakan pencuci wajah dan skrub (jika perlu).
3. Teknik urutan relaxing dan titik kecantikan diaplikasikan pada sekitar wajah, leher dan dada berulang beberapa kali.
4. Mulakan teknik totok wajah dengan usapan berulang kali bagi merehat dan membentukkan struktur wajah. Teknik ini juga mampu ‘memecahkan’ lemak-lemak sekitar pipi dan bawah dagu.
5. Batu GuaSha digosok pada seluruh wajah dengan teknik dan cara yang tepat bagi mendapatkan hasil glowing luar biasa pada wajah.
6. Batu kristal digunakan untuk memulihkan aura wajah. Ia disusun mengikut warna untuk menyeimbangkan aura pada wajah.
7. Rose Roller Jade adalah lambang kedamaian dan ketenangan dan lambang kuasa cinta dan kasih sayang. Ia membantu proses lymphatic drainage atau proses pembersihan kelenjar dari pada toksin.
8. Setersunya Glass treatment. Ia menarik kulit ke atas untuk menegang dan menganjalkan wajah selain melegakan tekanan dan merehatkan saraf yang tegang. Kesannya dapat dililhat serta-merta dengan wajah menjadi lebih tegang dan cerah sekata.
9. Teknik Tanduk. Ia sama seperti teknik Gusha, bezanya bentuk dan tekniknya lebih dalam pada point tertentu.
10. Langkah terakhir ialah mengoleskan masker mengikut kesesuaian dan keperluan jenis kulit wajah seseorang.
Apa Itu Totok Wajah?
Totok wajah adalah salah satu teknik facial yang menggantikan rawatan wajah yang menggunakan bahan kimia seperti suntikan botoks, pemedahan plastik atau sebagainya dengan cara yang lebih selamat dan semula jadi. Terapi totok wajah adalah mencari titik tertentu dan kemudian mengurut dengan cara menarik kulit.
Harus diingatkan bahawa kuasa jari sememangnya lebih berkesan berbanding penggunaan mesin. Ini kerana jari mempunyai aliran darah yang dapat menimbulkan rasa suam apabila bertemu kulit.
Secara tidak langsung sekiranya dilakukan secara konsisten setiap dua minggu sekali, Insya Allah akan dapat menjadikan kulit menjadi lebih tegang.
Jangan terkejut juga apabila pembentukan V pada wajah juga dapat dirasakan terutama pada bahagian dagu. Wajah akan menjadi lebih runcing dan terbentuk. Ramai yang tidak tahu bahawa jika kita konsisten mengurut wajah, ia dapat membantu mem bentuk wajah.
Ia tidak memerlukan peralatan atau belanja yang besar, cukup dengan beberapa langkah asas.
Antara Kebaikan Rawatan Urutan Wajah:
#Gaya Hidup #Kecantikan #Spa
;