Highlights

‘Rider’ Dan ‘Runner’ Musim PKP, Ramadan – Jadi Lubuk Raih Rezeki. Hargai Dan Bantulah Semampunya. Kasihani Mereka.

Huda Hussain
25/04/2020
15:29 MYT
Sponsor Banner
‘Rider’ Dan ‘Runner’ Musim PKP, Ramadan – Jadi Lubuk Raih Rezeki. Hargai Dan Bantulah Semampunya. Kasihani Mereka.
Ramadan menjanjikan keberkatan, rezeki dan pahala berlipat ganda buat mereka yang benar-benar berusaha mendapatkannya. Dan bercakap soal rezeki, semua maklum mengenai pembatalan bazar Ramadan di seluruh negara susulan langkah pencegahan bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19. Walaupun peniaga dan penjaja tidak dapat menjual dan berniaga di bazar seperti biasa, namun dengan adanya e-bazar atau bazar Ramadan online, dapatlah juga peniaga mencari rezeki di bulan mulia ini.
Kredit Foto: Google
Sebut apa sahaja menu dan juadah berbuka, semuanya boleh didapati. Hanya perlu membuat pesanan lebih awal dan pembayaran secara dalam talian, anda cuma perlu tunggu sahaja rider atau runner tiba di hadapan pintu rumah menghantar juadah yang dipesan. Grabfood, Food Panda, Lalamove, Go Eat, Dah Makan, Bungkusit, Honestbee, Ninjavan dan banyak lagi perkhidmatan penghantaran; semuanya terletak di tangan kita untuk memilihnya. Dan pastinya kos yang perlu kita bayar adalah gaji mereka yang mungkin dikira mengikut hari.
Terbukti cabang perniagaan perkhidmatan penghantaran barang boleh dikatakan ‘buat duit’ sepanjang bulan puasa ini. Hingga tak menang tangan dibuatnya. Terkejar-kejar untuk memastikan semua pesanan dihantar. Sama ada cepat ataupun lambat, hujan ataupun panas menjadi tanggungjawab mereka melunaskan kerja.
Kredit Foto: Google
Kebanyakan daripada runner dan rider lebih selesa menunggang motosikal kerana ia lebih cepat dan menjimatkan masa. Dan tahukah anda, mereka juga adalah barisan hadapan kita yang keluar bekerja demi membantu kita dan juga mencari rezeki untuk menampung keluarga mereka. Mempertaruhkan nyawa di jalanraya. Bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain sungguh bukan mudah.
Adakalanya kalau hujan lebat sekalipun mereka terpaksa redah jua dek kerana mahu mengejar ‘trip’ seterusnya. Apatah lagi dalam keadaaan berpuasa kini, pasti lebih mencabar buat mereka. Pasti kita pernah lihat beberapa foto tular di media sosial yang merakamkan foto runner, rider bersolat ditepi jalan dek kerana masjid dan surau ditutup ketika ini. Betapa besar pengorbanan dan amanah yang mereka pikul. Dan perkongsian Ilyas Khairuddin di laman Facebook mengenai pengorbanan dan tanggungjawab rider, runner hinggakan ada yang terjatuh, tergelincir tidak kurang juga ada yang terlibat dalam kemalangan semasa bekerja.
Maafkan Mereka. Bukan Itu Yang Mereka Pinta
Pada waktu-waktu sekarang, jika pesanan makanan kita lambat sampai, jangan batalkan pesanan atau tidak angkat call kerana marah akibat menunggu terlalu lama.
Ada rider yang beritahu, mereka akan dikenakan tindakan sekiranya lambat atau dapat complaint daripada pelanggan. Jadi mereka terpaksa bawa motor dengan lajunya.
Cuba kita fahami cabaran dan risiko tugas mereka. Jika ditanya, sudah pasti jawapan mereka adalah untuk menghantar pesanan tersebut ke pelanggan secepat yang mungkin. Terima kasih kerana memahami mereka.
Gambar dikirimkan oleh seorang rakan (tidak pasti lokasinya) menunjukkan kejadian di mana seorang penghantar makanan jatuh tersungkur kerana hujan...jalan licin.
Orang awam yang ada di situ membantu beliau bangun dan angkat motor semula. Apa yang menyentuh hati adalah beliau tidak periksa badan sendiri sama ada luka atau pun tidak. Apa yang dicari dahulu adalah ‘food box’ pada motor. Beliau memastikan makanan yang dibawa tidak tumpah sebelum mengambil telefon bimbit beliau yang terpelanting jauh.
Kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita.
Kasut kita tak sama, kawan.
Tak salah kalau kita lebihkan bayar upah delivery. Sikit pada kita mungkin banyak pada mereka.
#covid19 #frontliners
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar