Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
gaya hidup

Rimas Anak Kerap Bertanya, Susah Nak Takut? Sabar, Itu Tandanya Dia Tunjukkan ‘Growth Mindset’.

Huda Hussain 13/11/2021 | 03:05 MYT
Melihat perkembangan anak-anak membesar selepas melalui satu fasa ke fasa berikutnya sememangnya memberikan pengalaman bermakna bergelar ibu bapa. Apa perkataan pertama yang keluar dari mulutnya, becok mulutnya bertanya itu dan ini semuanya akan meninggalkan kenangan berharga untuk kita kenang suatu hari nanti.
Waima penat macam mana sekalipun kita balik dari pejabat misalnya, janganlah pinggirkan anak-anak yang teruja menyambut kepulangan kita. Bermacam cerita yang mahu mereka kongsikan kepada kita. Jadi, beri tumpuan dan perhatian sepenuhnya kepada mereka okey!
Jangan pula kita berasa rimas jika ada dalam kalangan anak-anak menunjukkan tanda-tanda yang disebut sebagai ‘Growth Mindset’. Ia adalah gaya pemikiran tanpa batasan yang sentiasa belajar dan cepat berkembang.
Ini tanda-tandanya :
  1. Suka Bertanya
Setiap benda kalau boleh dia tahu. Pantang lalu depan mata, mesti dia nak tanya. Kenapa awan biru, rumput hijau. Bahkan sampai macam mana adik keluar dari perut mama tu pun dia tanya. Anak yang ada 'growth mindset' ni memang tinggi nafsu “belajar” dia. Jangan malas jawab soalannya ya, terbantut dia nak belajar nanti.
Kredit Foto: Google
  1. Susah Nak Takut
Walau kita dah kata itu bahaya, tak boleh buat. Tetap dia nak buat juga. Bukan sebab dia tak tahu tu bahaya, tapi sebabnya dia tak “rasa” pengalaman tu lagi. Anak begini dia kalau dah pasang azam nak tahu sesuatu perkara, dia akan buat juga. Larang la macam mana pun, kalau dapat peluang mesti dia buat juga.
  1. Suka Eksperimen
Pantang nampak benda pelik atau baru sikit. Mesti di bedahnya nak tengok apa isi dalamnya. Yang selalu jadi mangsa ialah alat mainan dia sendiri. Baru beli dah rosak. Bukan anak tu ganas tapi anak jenis yang suka “explore” benda-benda baru ni. Kalau tak nak rosak kena la layan dia bedah dan experimen dengan cara yang betul supaya tak rosak.
  1. Tak Boleh Sabar
Selalunya anak yang ada 'growth mindset' ni susah nak bersabar. Contohnya kalau dia dah tanya soalan, dia nak jawapan segera. Selagi tak dapat selagi tu dia duk tanya. Lagi satu, kalau kita dah cakap awal dengan dia nak pergi bercuti. Setiap hari dia akan duk tanya, “bila nak pergi”. Dengan anak begini tak boleh cakap awal-awal sebab nanti otak dia tak boleh berhenti berfikir selagi dia tak pergi.
Kredit Foto: Google
  1. Bijak dan Kreatif
Hah habis periuk, senduk dan tudung saji jadi bahan experimentasi dia. Semua benda dia nak main. Anak begini senang nak bermain, apa sahaja yang ada di sekeliling dia boleh jadi mainan. Imaginasi tanpa batasan betul. Tu yang tudung saji kadang jadi spaceship di baling sana sini konon terbang la. Sabar jela, huh!
Walau banyak keletah anak-anak, syukur alhamdulillah. Anak sihat fizikal dan paling utama sangat sihat mindanya.
Kredit: Mohd Fhais Salim
#Anak #Keibubapaan #Growth Mindset
;