gaya hidup

Risau Juga. Mula-mula PRN Melaka. Kemudian Sarawak. Harap Sangat Tiada Lonjakan Kes Positif Covid-19.

Huda Hussain
09/11/2021
10:01 MYT
Sponsor Banner
Risau Juga. Mula-mula PRN Melaka. Kemudian Sarawak. Harap Sangat Tiada Lonjakan Kes Positif Covid-19.
Ramai yang takkan lupa dek kerana PRN Sabah tahun lalu lonjakan kes positif Covid-19 dan susulan penularan varian Delta menyebabkan kita secara tidak langsung terpaksa berkurung susulan PKP 3.0. Ya, bukan nak salahkan asbab PRN Sabah semata-mata tetapi tidak dinafikan ia antara penyumbang terbesar berlakunya penyebaran secara meluas dan kes positif meningkat.
Kredit Foto: Google
Ditambah pula dengan penularan varian baharu waktu itu, ia lebih memburukkan keadaan. Dan terkini PRN Melaka bakal berlangsung tanggal 20 November manakala PRN Sarawak pula dijangka akan dilaksanakan awal Disember.
Dalam pada semua bergembira balik ke kampung halaman, pergi bercuti ke sana-sini menjadi kewajaran bagi sesetengah pihak berasa bimbang jika ada kecenderungan berlakunya penularan wabak. Lihat sahaja kes berbanding semalam yang merekodkan sejumlah 4,543 dan hari ini sebanyak 5,403. Terdapat peningkatan sebanyak 860 kes.
Kredit Foto: Telegram MKN
Ya, walaupun peratusan dewasa yang lengkap divaksinasi iaitu 94.9% dan remaja 76%, hakikatnya setiap daripada kita tidak boleh sama sekali mengambil sikap sambil lewa. Jangan sesekali ambil mudah dan memandang ringan kerana pertama wabak Covid-19 masih ada disekeliling kita. Dan kedua, bagi kanak-kanak dan bayi yang tidak boleh divaksin terpaksa menanggung risiko akibat daripada sikap kita yang tidak bertanggungjawab susulan perihal ini.
Justeru, semua pihak perlu ambil peranan. Terus patuhi SOP sedia ada bahkan tingkatkan kawalan kendiri selain bersikap jujur. Andai anda disahkan positif walaupun telah lengkap divaksinasi, lakukan kawalan kendiri. Jujur dan bertanggungjawablah kerana mahu atau tidak kita perlu ‘hidup’ dengan Covid-19 ini.
Dan oh ya, Ramadan dan Syawal bakal menjelma tidak lama lagi. Hanya kurang enam bulan dari sekarang. Takkanlah pula kita nak berkurung macam tahun-tahun sebelumnya kan? Jadi setiap Langkah, pematuhan SOP kita sekarang akan menjadi titik penentu sambutan perayaan tahun hadapan. Walau ada yang berkata lambat lagi, tetapi percayalah tak lama mana lagi nak berpuasa dan beraya. Justeru, beringatlah semua ya!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar