Read

Ritual Cantik Strawberi —Mudah, Cepat dan Jimat, Anda HARUS Mencubanya!

Public Anonymous User
09/08/2017
05:28 MYT
Sponsor Banner
Ritual Cantik Strawberi —Mudah, Cepat dan Jimat, Anda HARUS Mencubanya!
Oleh: Huda Hussain

Kredit foto: Google.com

RITUAL CANTIK STRAWBERI
Masker Rambut
Lumatkan buah strawberi dengan mayonis menggunakan garpu sehingga benar-benar sebati. Cuci bersih rambut lalu gunakan campuran ini sebagai masker rambut.
Tutup rambut dengan shower cap, dan lapik dengan tuala hangat di atasnya. Haba panas daripada tuala akan memudahkan ramuan masker menyerap dan menembusi rambut. Bilas rambut sehingga bersih dengan syampu dan perapi.
Lulur Strawberi Strawberi juga amat berkesan menanggalkan sel kulit mati. Luangkan masa dengan berendam di dalam air yang dicampurkan dengan potongan strawberi, campuran susu dan minyak zaitun. Gosokkan pada seluruh badan dan lihat sendiri hasilnya. Jika diamalkan selalu, kulit akan menjadi halus dan tidak kusam.
Masker Wajah Miliki kulit tubuh lebih gebu dan cantik dengan melakukan masker strawberi. Ambil beberapa biji buah strawberi dan basuh bersih. Kemudian kisar sehingga hampir lumat.
Usap dua senduk makan strawberi yang sudah dilumatkan tadi pada wajah. Biarkan selama 15 minit dan selepas itu bilas bersih dengan air biasa ataupun air suam.
TIPS:
Untuk mendapat efek yang lebih berkesan, tambahkan sedikit putih telur, satu senduk air mawar dan beberapa titis minyak. Amalkan penggunaan masker strawberi dua kali dalam seminggu agar kulit lebih halus dan cantik.

Kredit foto: Google.com

ANTARA KHASIAT LAIN STRAWBERI:
● Menurunkan kadar kolesterol.
● Mengandungi zat antialergi dan antiradang.
● Kandungan gula yang sedikit sesuai dijadikan bahan untuk berdiet bagi penghidap diabetes.
● Air rebusan daun strawberi berkesan untuk menjaga kesihatan mulut.
● Jus strawberi yang biasanya dihidangkan sebagai minuman juga berkesan bagi mengatasi masalah sembelit.
● Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang paling tinggi antara buah-buahan utama dan melindungi badan daripada penyakit barah.
● Masker strawberi dapat melambatkan proses penuaan, melindungi sel tubuh daripada kanser dan menyihatkan kulit.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar