gaya hidup
Sana Sini Terima Khabar Kematian Insan Terdekat – Ya Allah Nyawa Semakin Rapuh. Sampai Bila Kita Harus Begini?
Bukan kita menolak takdir tapi selagi kita mampu berusaha untuk mencegah diri daripada ditembusi wabak, seharusnya kita berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Kita tidak boleh hanya menyerah tanpa melakukan apa-apa.
Kalau dulu, susuah untuk kita mendengar khabar kematian secara tiba-tiba tetapi kini hampir setiap hari kita disampaikan berita kematian orang yang kita kenal dan terdekat. Buktinya, van jenazah sentiasa berderet di jalan raya menghantar pulangnya jasad ke perkuburan.
Tanah perkuburan pula semakin sesak dan padat dengan kematian baru saban hari. Tenaga kerja yang terlibat semua semakin lelah sehingga ada yang pengsan dan jatuh kepenatan kerana bekerja di luar kemampuan dan tenaga yang ada.
Dipetik daripada laporan Malaysia Kini, Malaysia adalah negara yang tergolong dalam kelompok paling tinggi kematian akibat Covid-19, kata bekas perdana menteri Najib Razak. Jelasnya, semalam saja Malaysia berada di tangga ke tujuh paling tinggi jumlah kematian akibat wabak itu tanpa mengambil saiz penduduk.
"Seluruh dunia mencatat 8,022 kematian Covid-19 semalam. Malaysia sumbang 4.5 peratus (360) daripada angka itu. Lagi seram ialah 85 daripada 360 kematian dicatat semalam adalah Brought In Dead (BID) atau meninggal dunia di luar hospital sebab tidak sempat menerima rawatan.
"Tanpa mengambil kira saiz penduduk, Malaysia terletak di tangga ke-7 paling tinggi kematian Covid dalam dunia semalam," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini. Semalam, seramai 360 orang menjadi korban terbaru akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam,” ujarnya.
Jumlah itu adalah lonjakan yang ketara dari rekod sebelumnya (257) pada empat hari sebelumnya. Sebanyak 1,723 orang telah meninggal dunia akibat Covid-19 bulan ini setakat ini.
Mengulas lanjut Najib berkata, berdasarkan jumlah kematian yang direkodkan sudah tiba masanya untuk kerajaan mengaku kegagalan mereka.
Tambah Najib jika mengambil kira saiz penduduk, Malaysia bukan lagi antara negara paling tinggi dalam dunia bagi kadar kematian Covid-19, malah negara dengan kadar kematian Covid paling tinggi. Nombor satu.
"Ini data dan sains. Sudah tiba masa untuk kerajaan mengaku gagal. Ini kematian melibatkan nyawa rakyat Malaysia. Satu tragedi yang amat besar sekali," katanya.
Untuk rekod, Indonesia mencatat kematian paling tinggi semalam iaitu 1,498 kematian diikuti Rusia (787), Iran (542), India (447) dan Brazil (338).
Kredit Foto: Gempak