Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Personaliti

“Saya Pernah Suruh Edika Kahwin Lain Tapi Jawabnya, Buat Apa Tambah Masalah? Cukuplah Satu Wheelchair Saya Tolak.”

Afiza Kamarulzaman 10/03/2021 | 13:16 MYT
Ramai yang sudah mengetahui kisah rumahtangga pelakon kacak yang popular era 90-an dan kini kembali aktif berlakon iaitu Edika Yusof bersama isteri Hidayah Yusri yang masih tidak mampu berjalan setelah menderita sakit meningitis yang menyebabkannya lumpuh dari dada sampai hujung kaki.
Sedikit imbasan kisah penyakitnya itu. Ia bermula selepas lim hari melahirkan anak ke dua mereka. Daripada demam panas, doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman yang sudah merebak hingga ke kepalanya menyebabkan Hidayah umpama nyawa-nyawa ikan waktu itu.
Setelah koma sembilan hari, umurnya dipanjangkan namun, keadaannya tidak lagi sama seperti dulu. Hidayah hilang deria pendengaran dan percakapan selain lumpuh dari dada ke kaki dan muka sebelah kirinya herot menyebabkan sebelah matanya tidak boleh dibuka. Kalau dibuka pun, biji mata hitam akan lari ke hujung mata.
Setelah lebih dua bulan berada di wad hospital, akhirnya Hidayah dibawa pulang dalam keadaan masih tidak banyak beza. Bermula dari detik itulah, Edika Yusof mengambil alih tugas di rumah. Dialah ibu dan ayah di rumah. Daripada tugas mencari rezeki hinggalah kerja-kerja di rumah diuruskan dengan bantuan anak sulung.

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia)

Edika Berjiwa Emas, Dengan Semua Keluarga Dia ‘Berat’
Ujar Hidayah lagi, sebelum berkahwin dengannya lagi, Edika seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab dan sangat prihatin dengan adik-beradiknya. Dari zaman muda dulu lagi, Edika sentiasa menjaga kebajikan adik-adiknya. Dialah ketua keluarga yang sentiasa memastikan nasib keluarganya terjamin.
“Dia seorang yang sangat bertanggungjawab. Ini bukan hanya dapat dilihat dari sudut dia sebagai seorang suami, malah sebagai abang juga dia sangat prihatin dengan kebajikan adik-beradiknya. Dia banyak berkorban untuk adik-adiknya. Malah, ibu saya sendiri yang sakit pun dia yang jaga. Dia sendiri yang selalu tanyakan saya, cukup tak ubat Mak dan sebagainya,” Kongsi Hidayah perihal Edika yang dianugerahi jiwa yang sangat besar.
Sebagai suami, tak perlu lagi diulas bagaimana bertanggungjawabnya beliau dalam menyantuni Hidayah yang serba kekurangan itu. Namun, ujar Hidayah cara Edika menjaganya tidaklah seperti orang terlantar sakit semata.
“Ada masa, dia akan bersikap tegas dengan saya. Dia akan cakap, you nak jadi isteri ke atau orang yang sakit sepanjang hayat? Ia membuatkan saya jadi lebih kuat dan kental supaya tidak putus asa. Mungkin kalau didengar, seperti kasar kan? Tapi, saya faham itulah cara dia mahu ‘push’ saya untuk terus bangun melawan sakit ini.”

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

Diuji Dengan Orang Ke Tiga? Pastilah Ada...
Saat ditanya, adakah mereka pernah diuji dengan godaan orang ketiga dalam kehidupan bersuami isteri? Maklumlah, Edika seorang pelakon kacak yang terkenal, dan dalam keadaan sekarang ini, pasti ada yang cuba ‘cucuk jarum’ atau sengaja mahu mengambil kesempatan atas kekurangan yang mungkin orang luar intai?
Jawab Hidayah tenang, “Tipulah kalau kata tak ada. Tapi, kami saling mempercayai. Edika seorang yang jujur. Dia jenis yang berterus-terang dan saya pasti boleh tahu kalau dia sembunyikan sesuatu. Dia tahu membawa diri dia kemana saja dia pergi dan tahu menolak sebarang godaan.”
Tidak pernahkah terlintas untuk mengizinkan Edika berkahwin lagi? “Ada kala memang terasa juga dirinya membebankan dia. Tipulah kalau kata tak pernah rasa ‘down’ tu apabila melihat suami terpaksa bersusah-payah kerana kita.
Ya, saya pernah suruh dia kahwin lagi, namun jawab Edika, untuk apa tambah masalah lagi? Cukuplah satu wheel chair ini saya tolak. Kalau ditakdirkan isteri ke dua pun sakit, saya perlu juga tolak wheel chair ke dua ke?” cerita Hidayah sambil ketawa kecil.

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

#Edika Yusof #suami setia #Hidayah Yusri
;