gaya hidup

Singapura – Tidak Divaksin Atas Pilihan Sendiri Perlu Bayar Kos Rawatan COVID-19 Sendiri Mulai 8 Disember. Malaysia?

Huda Hussain
10/11/2021
07:43 MYT
Sponsor Banner
Singapura – Tidak Divaksin Atas Pilihan Sendiri Perlu Bayar Kos Rawatan COVID-19 Sendiri Mulai 8 Disember. Malaysia?
Walau macam mana ‘menyirap’ sekalipun kemarahan dan perasaan yang meluap-luap terhadap golongan antivaksin ini, mahu atau tidak kita masih juga perlu ‘hidup’ dengan mereka. Ada yang kata berdamai dan cari titik persefahaman antara keduanya. Kerana masing-masing punya hak tersendiri. Agree to disagree, itu yang mungkin mereka pegang selama ini.
Sungguhpun begitu sehingga kini masih lagi tiada penguatkuasaan undang-undang yang kukuh bagi menyelar Tindakan mereka. Selain meracuni pemikiran orang ramai, menyebarkan fitnah dan dakyah yang tidak sahih juga pelbagai percubaan untuk mematahkan dalil, bermacam perkara dan tindakan yang mereka sanggup lakukan.
Kredit Foto: Facebook Public Health Malaysia
Dan terbaru, apa yang penulis ingin kongsikan dari laman Facebook Public Health Malaysia adalah mengenai ketegasan dan pendirian kerajaan Singapura berhubung isu ini.
Kerajaan Singapura telah menampung bil perubatan pesakit COVID-19 semenjak pandemik ini melanda. Namun terbaharu menyatakan, mereka yang menolak vaksin tidak lama lagi akan menanggung sepenuhnya kos perubatan akibat Covid-19.
Mereka yang "tidak divaksin atas pilihan sendiri" perlu mula membayar untuk rawatan Covid-19 mereka sendiri mulai 8 Dis, Kementerian Kesihatan Singapura mengumumkan pada hari Isnin, disebabkan tekanan yang mereka berikan pada sistem penjagaan kesihatan negara.
Kredit Foto: Facebook Public Health Malaysia
"Pada masa ini, mereka yang tidak divaksinasi merupakan sebahagian besar daripada mereka yang memerlukan rawatan pesakit dalam secara intensif, dan secara tidak seimbang menyumbang kepada tekanan kepada sumber penjagaan kesihatan kami," katanya dalam satu kenyataan.
Sehingga kini, kerajaan Singapura telah menampung kos penjagaan COVID-19 untuk semua warga Singapura, pemastautin tetap dan pemegang pas jangka panjang, tidak termasuk mereka yang disahkan positif selepas pulang dari perjalanan ke luar negara.
Terdapat beberapa pengecualian. Orang yang tidak layak menerima vaksin seperti kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan pesakit yang mempunyai pengecualian perubatan — masih dan akan dilindungi oleh kerajaan bil perubatan mereka. Dan mereka yang masih belum lengkap dua dos tidak akan dikenakan bayaran sehingga 31 Disember, untuk memberi mereka masa untuk melengkapkan siri penuh.
Kredit Foto: Google
Di Malaysia, terdapat beberapa cadangan daripada NGO dan pakar-pakar kesihatan yang mahukan kerajaan memperkenalkan skim serupa yang mengenakan bayaran penuh kepada pesakit covid yang tidak menerima vaksin kerana antivaksin. Kos rawatan COVID-19 di ICU hospital swasta boleh mencecah RM200,000 untuk kategori 5.
Mungkin ada kewajarannya jika Malaysia turut memperhalusi pelaksanaan seperti ini. Bukan sahaja melibatkan soal bajet dan kewangan yang perlu dibelanjakan kerajaan, tetapi lebih penting adalah kesihatan dan keselamatan semua.
Secara tidak langsung, ia salah satu cara untuk ‘mengajar’ golongan ini agar tidak terus-terusan menyebarkan fitnah hingga mengancam nyawa orang lain.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar