Read

Solat Dhuha, Kisah Cik B dan nak Pinang TUN M — Ini Kisah Dato’ Seri Vida! Jangan Kecam, Baca Dulu

Public Anonymous User
27/11/2018
03:43 MYT
Sponsor Banner
Solat Dhuha, Kisah Cik B dan nak Pinang TUN M — Ini Kisah Dato’ Seri Vida! Jangan Kecam, Baca Dulu
Oleh: Dato' Seri Dr. Hajah Vida
SAYA masih berada di Miri sewaktu menyempurnakan catatan ini. Beginilah jadual dan rutin hidup saya. Sering berpergian. Tapi satu perkara yang pasti, ke mana saya pergi dan sejauh mana saya terbang; niat saya hanya satu.
Penat jerih saya ini hanyalah untuk anak-anak, keluarga, pekerja-pekerja saya dan seluruh masyarakat yang sentiasa mendukung perniagaan saya.
Anak-anak tak pernah lepas daripada fikiran saya. Biarpun ada waktu kami terpisah beberapa hari atas tuntutan kerja, setiap saat Cik B dan Kacak dalam ingatan saya. Demikian dengan anakanda- anakanda syurga saya. Allahyarham Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin dan Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin. Sentiasa. Sampai bila-bila. Lekat di jiwa saya.
Merekalah kekuatan saya. Mereka inilah nafas saya.
Baru-baru ini ramai bertanya kenapa saya mahu carikan Pembantu Peribadi buat Cik B? Ada banyak yang memberi komen dan pandangan di media sosial.
Tidak sesekali saya berniat mahu menunjuk nunjuk. Tatkala memikirkan hal anak-anak, saya akan cuba sedaya upaya memberi yang terbaik. Yang terbaik daripada segala yang terbaik.
Saya sentiasa melihat anak-anak saya sebagai insan yang bakal mewarisi saya. Dalam darah mereka, mengalir darah saya. Saya sebahagian jiwa mereka. Kalau saya sentiasa dengan vibes yang positif, sentiasa berusaha, saya juga mahu anak saya diasuh dengan semangat begitu.
Saya melihat Cik B sebagai anak yang ada banyak bakat. Dia boleh menyanyi, dia minat muzik, dia minat buat editing di komputer, maka saya terfikir, saya perlu carikan insan- insan atau team yang boleh membina minat Cik B menjadi sesuatu yang lebih bermakna.
Keinginan mencuba apabila hadir bersama minat yang mendalam, jikalau dipupuk dan digilap, saya yakin akan melahirkan sesuatu. Demikian dengan Cik B. Dalam usia muda beginilah, saya mahu membentuk Cik B sebagai insan yang multitasking. Yang serba boleh dan miliki banyak kemahiran. Lebih sempurna kalau Cik B mahir dalam public speaking.
Saya lihat DNA bisnes memang mengalir pada Cik B. Dia sejak kecil menunjukkan minat. Jadi saya rasa amat wajar kalau saya cari PA untuk Cik B. Bukan PA yang sekadar menjaga jadual dirinya tetapi yang mampu mencurahkan ilmu kepada Cik B. Mungkin bukan satu PA, mungkin juga dua PA. Bergantung kepada keperluan Cik B.
Tapi sebagai remaja, ada ketikanya Cik B juga seperti hilang keyakinan diri. Hati saya sebak dan tersentuh bila Cik B sendiri menyebut kepada saya, “Maaa, Cik B tak cantik, Cik B tak putih.”
Mungkin atas alasan itu, ada masanya Cik B macam jauh hati dengan perniagaan yang saya buat. Dia minat benda lain. Tapi saya tak mahu perkara ini menjadi penghalang buat Cik B. Sebagai ibu, saya akan sokong segala minat dan keinginan Cik B asalkan ia membawa kebaikan.
Untuk itu, saya harus bimbing Cik B, kembalikan keyakinan itu dan saya mahu satu hari kelak, dia bangga dengan dirinya. Saya yakin dia mampu menjadi mogul perniagaan. Segala yang saya ada ini, Cik B dan Kacaklah pewarisnya. Mereka berdua harta yang lebih bermakna buat saya dari segala yang ada di galaksi ini.
Bercakap fasal Cik B, baru-baru ini ramai terkejut saya berikan hadiah kereta Mercedes buat Cik B, hahaha. Ada yang kata saya keterlaluan. Saya manjakan anak. Saya biarkan anak memandu tanpa lesen.
Ehhhhh, jangan risau. Saya masih tahu timbangkan baik buruk sesuatu perkara. Benda yang berkaitan dengan anak- anak tak pernah saya berkompromi. Saya anggap hadiah itu sebagai pemacu semangat dan pembakar jiwa bagi Cik B.
Kalau dia memandu pun, sekadar pada hari saya serahkan kunci kepadanya. Saya temankan dia memandu sekeliling kilang saya saja. Sekarang kereta Cik B ada, baik-baik saja di garaj rumah, hehehe! Ikutkan Cik B, dia mahu Mustang. Hah, saya katakan kepada Cik B, lain kali akan dapat Mustang tapi bukan sekarang.
Nampak bukan, saya tak manjakan anak. Saya beri sesuatu kepada anak, tapi tak semua keinginannya saya penuhi. Masih ada syarat. Cik B masih perlu pujuk rayu saya... hehehe.
HATI KENA TEKAD KALAU MASUK DUNIA BISNES
Ramai melihat saya sebagai wanita yang gila-gila. Sangat dominan. Haha... of courseeee! I am me. I’m a queen!
Dalam dunia perniagaan, saya diva! Saya queen! Zahir dan fizikal saja menyerlahkan ketegasan saya. Ini dunia perniagaan. Saya wanita. Saya kena tunjukkan tekad dan iltizam saya. Tanpa ketegasan, saya mungkin diperkotak- katikkan orang sekeliling.
Tapi jauh di sudut hati, rasa dan naluri kewanitaan saya masih tak berubah.
Hati saya mudah tersentuh melihat kesulitan hidup orang lain. Saya masih rasa sebak dan menitiskan air mata untuk kesengsaraan anak-anak yatim.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar