Highlights

Stres Perut Buncit Mengelebeh, Terutama Yang Lepas Czer. - 15 Petua Kempiskan Perut. Tidur Pun Boleh Slim!

Afiza Kamarulzaman
07/10/2019
07:56 MYT
Sponsor Banner
Stres Perut Buncit Mengelebeh, Terutama Yang Lepas Czer.  - 15 Petua Kempiskan Perut. Tidur Pun Boleh Slim!
Cubalah petua semulajadi ni. Menjadi atau tak bergantung pada kerajinan diri. Yang penting kos tak mahal pun, selamat lagi.
1. Air Asam Jawa Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas. Biarkan semalaman. Keesokan paginya, minum air bancuhan asam jawa itu. Boleh juga dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk dijadikan rutin minuman harian.
2. Pupur Aloe Vera Ambil sedikit lendir daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan campurkan dengan air asam jawa. Rebus bahan-bahan tersebut sehingga pekat. Setelah pekat, sejukkan seketika. Kemudian, lumurkan ramuan tersebut pada perut.
3. Jus Limau Nipis Perahkan sebiji limau nipis ke dalam segelas air suam. Minum setiap pagi atau selepas menjamu selera. Tapi ingat tanpa gula ya!
4. Minuman Teh Cina Ambil tiga sudu besar serbuk teh cina dan rendam ke dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan meminumnya dua kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
5. Sapuan Minyak Kelapa Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Sejukkan, kemudian sapu ke perut. Biarkan seketika selama 10 minit sebelum perut dibilas bersih.
6. Lebihkan Makanan Protein Protein yangdiambil akan melepaskan hormon PYY, iaitu hormon yang berkaitan dengan kelaparan dan kekenyangan. Hormon ini akan menghantar isyarat ke otak dan memberitahu badan kita yang kita sudah kenyang. Maka, kamu akan kurang mahu makan lagi dan lagi.
7. Jangan Ambil Gula Pengambilan gula berlebihan, yang selalunya melibatkan pengambilan fruktos yang banyak akan membawa kepada pengumpulan lemak di perut.
8. Tidur Cukup Betul! Tidur yang cukup dan berkualiti enam ke tujuh jam sehari boleh membantu menguruskan badan dan kempiskan perut. Menurut kajian yang telah dijalankan selama 16 tahun, wanita yang tidur kurang daripada lima jam akan mengalami peningkatan lemak bahagian perut berbanding dengan wanita yang tidur tujuh jam.
9. Ambil Omega 3 Tentunya daripada lemak ikan atau Omega 3. Jumlah pengambilan yang terbaik adalah 2000mg sehari dan jika kamu ingin membeli suplemen makanan tambahan, pastikan kamu memilih produk yang tiada merkuri dan anti refluks.
10. Makanan Tinggi Serat Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi dengan serat.
11. Senaman Yoga Kajian tahun 2012 yang dikeluarkan di Jurnal Masyarakat Menopaus Utara Amerika menunjukkan bahawa wanita yang melakukan yoga selama 16 minggu mengalami perubahan ketara dalam mengurangkan lemak. Yoga adalah antara cara terbaik menghilangkan lemak di perut.
12. Pengambilan Cuka Kajian di Jepun membuktikan bahawa cuka dapat membantu menghilangkan lemak lebih cepat. Pakar mengatakan pengambilan cuka sangat berguna untuk menghalang sindrom metabolisma dan obesiti. Jadi, bolehlah ditambahkan cuka dalam masakan ya.
13. Senaman Push Up Cara untuk melakukannya: Kedudukan awal adalah planking dengan lengan lurus. Turunkan badan kamu sejauh mana yang boleh. Pastikan belakang, pelvis, dan kaki anda membentuk garis lurus. Kemudian perlahan-lahan kembali ke posisi awal.
14. Banyakkan Bergerak Aktifikan pergerakan fizikal. Jangan duduk terlalu lama terutamanya ketika di pejabat. Itu yang menyebabkan kedudukan perut menggeleber sahaja. Banyakkan berjalan.
15. Air Rebusan Serai Rebus 10 ke 15 batang serai yang diketuk bersama seperiuk air lebih kurang 40minit. Amalkan meminuma air rebusan ini dua kali sehari. Dikatakan ia mampu menjadikan wajah awet muda dan perut kempis.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024