Highlights
Suami Hantar Pergi Kerja, Belikan Coklat Cadbury Pun Isteri Dah Rasa SWEET, Belum Lagi ‘Breakfast in Bed’!
Ada yang kata suami dulu tak romantik pun, rumah tangga elok kekal je kekal sampai mati. Lain zaman, lain pendekatannya. Ujian dalam sesebuah rumah tangga pun berbeza-beza. Benda tidak salah dibuat (malah menguntungkan), kena tidak diamalkan? Bukan untuk orang lain, isteri yang kita nikahi itu juga mendapat manfaatnya.
Benarkah kajian mendapati suami Melayu kurang romantik berbanding lelaki lain? Adakah ini menyebabkan kebanyakan wanita Melayu memilih lelaki bukan Melayu sebagai pasangan? Oh, itu penulis tidak pasti. Yang pasti, kebanyakan suami kepada kenalan penulis yang Melayu memang begitulah. Sejenis tipikal lelaki yang ‘ego’ untuk menunjuk sayang kepada isteri.
Ini beberapa cara ‘sweet’ yang boleh dipertimbangkan oleh suami untuk dipraktikkan buat isteri. Rendahkan sikit ego dan buang rasa malu itu untuk meraikan wanita yang telah banyak berkorban untuk dirimu dan anak-anak. Jangan nanti apabila sudah isteri tiada, baru menyesal tak sempat menyatakan sayangmu menerusi perbuatan.
Kredit Foto: Google
10 Cara Paling Simple Tapi Sweet Untuk Suami Cuba:
- Kalau pun kebiasaannya isteri pergi kerja sendiri, apa kata sesekali hantar dan ambilnya di tempat kerja. Pasti berseri-seri mukanya apabila kawan-kawan sekerja melihatnya.
- Tidak perlu dikirim, sebelum pulang kerja belilah sesuatu yang disukai isteri untuk ‘kunyah-kunyah’ seperti coklat, buah atau kek kegemarannya. Perempuan pasti suka bab ni!
- Penat tau hari-hari ke dapur memasak. Ambil peluang ketika hari cuti untuk suami pula turun ke dapur dan masakkan satu menu buat isteri. Rasa tak penting, cuma isteri kadang-kadang teringin juga nak rasa air tangan orang lain.
- Ketika tidak bersama, apa kata luangkan seminit dua untuk menaipkan mesej atau WhatsApp kepada isteri dengan kata-kata yang sedap dibaca seperti bertanyakan khabarnya? Dah makan ke belum? Ada masalah apa-apa ke?
- Kalaulah dapat pada satu pagi di hujung minggu, sebelum isteri bangun, si suami masuk ke bilik membawa sedulang sarapan pagi ke atas katil. Fuh, ini luar biasa! Pasti isteri upload di Instagram dengan ayat syahdu.
Kredit Foto: Google
- Bunga dan perempuan tidak dapat dipisahkan. Kajian mendapati kebanyakan perempuan akan mudah teransang moodnya dengan bunga segar. Nah, berikanlah hatta sekuntum mawar merah kepada isteri, tengok betapa berserinya muka dia waktu itu.
- Sesekali berilah peluang kepada isteri untuk ‘me time’. Jangan tunggu isteri minta, cuba suami sendiri pelawa suruh isteri pergi mengambil angin sendirian tanpa anak-anak. Tengoklah betapa mereka akan hargai detik itu.
- Ketika melihat isteri sedang penat menguruskan rumah seperti memasak atau menyapu sampah, cuba dekati isteri dan rangkul tubuhnya dari belakang. Inilah terapi terbaik untuk ‘menaikkan’ darjah kerajinan isteri. Bisikkan pula ke telinganya, ‘Terima kasih sayang’. Pergh! Lagi mencanak ketangkasan isteri menyudahkan kerja rumah.
- Cuba selitkan not RM50 atau lebih (ikut kemampuan) di celah dompetnya. Katakan kepada isteri, duit sagu hati buatnya. Perempuan mana akan menolak? Jangan berkira, nanti apabila kamu ‘kekeringan’, boleh saja diminta balik. Hehehe...
- Sebelum tidur, tanyakan kepada isteri keletihannya? Tawarkan kepadanya jika mahu diurut atau disapu minyak? Pasti lena tidur isteri malam itu. Kadangk-kadang, isteri bukan nak dibuatkan sangat, cukup dengan bertanya saja sebagai tanda kamu prihatin dan nampak kesusahannya.
Kredit Foto: Google