Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Read

Suri Rumah Ini Berjaya Kurus Setelah Cuba 4 Jenis Diet — 'Intermittent Fasting' Juga Pilihan Hati!

Public Anonymous User 10/01/2019 | 16:09 MYT

Oleh: Afiza Kamarulzaman

Kredit foto: IG mismawar

MAWAR Murni Othman, 38, hanyalah seorang surirumah tapi berkelulusan Ijazah Perniagaan Antarabangsa, UiTM. Walaupun rutin harian kerapnya di rumah sahaja, ia tidak menjadikannya malas dan mengabaikan penampilan diri.

Malah, menjadikannya lebih berusaha keras agar tidak terus selesa dengan status suri rumah sehingga tidak mahu kelihatan cantik dan ‘sama level’ dengan teman-teman yang bekerjaya.

Kerap juga melihat posting Mawar tentang perubahan berat badannya di media sosialnya. Daripada tubuhnya sebesar-besar talam sehinggalah kini semolek-molek mempelam, Mawar antara yang berjaya merealisasikan impiannya untuk bertubuh ideal.

Kredit foto: IG mismawar

“Mawar punya tubuh yang agak begau, jadi apabila badan naik sikit pun dah nampak ketara perubahannya. Dari zaman sekolah menengah lagi, Mawar mempunyai masalah tubuh gempal sehingga digelar ‘giant’”

“Waktu itu, ada jugalah mula menjaga makan dengan kurang pengambilan nasi. Tetapi, waktu muda-muda dulu mana ada ilmu sangat bab-bab diet ini. Jadi, kita diet ikut yang selalu orang cakap sahajalah. Kurangkan nasi, jangan makan banyak. Hahaha...”

Kredit foto: IG mismawar

Naik 88kg Selepas Lahirkan Anak!

Menurut Mawar, badannya jenis yang cepat naik dan turun. Kalau jaga makan elok-elok dan bersenam secara tetap, bolehlah maintain berat badan tu. Namun, akan cepat naik semula kalau terlebih makan sedikit.

Katanya lagi, dari zaman remaja lagi dia begitu serius perihal berat badan kerana ibu da ayahnya jenis yang suka berleter kalau melihatkan badannya naik. Ibunya yang juga seorang guru juga menjaga badan, walaupun sudah mencecah 60-an, berat badan masih ideal dan sihat.

Kredit foto: IG mismawar

Biasalah, orang perempuan apabila mula mengandung dan melahirkan anak, elignment badan mulalah ada yang berubah. Berat badan naik mendadak itu normal. Begitulah yang terjadi kepada Mawar.

Ketika melahirkan anak pertama, berat badannya naik sehingga 88kg. Walaupun orang kata, kebanyakan ibu bersalin akan kurus selepas proses berpantang dan menyusukan anak, namun tidak berlaku kepada Mawar.

Dia berusaha keras juga dengan melakukan aerobik dan sebagainya, paling ringan dia berjaya miliki hanyalah 65kg, dan itu pun masih mengusarkan Mawar. Hal yang sama berlaku selepas melahirkan anak ke dua juga.

Sukar sangat untuk menurunkan berat badannya.

Kredit foto: IG mismawar

Namun, Mawar masih tidak putus asa dan terus konsisten mahu menurunkan berat badan. usahanya itu menampakkan hasil apabila dia berjaya mendapatkan berat 62kg selepas anak ke dua sudah besar sedikit.

Namun, kegembiraannya sedikit tergugat apabila tiba-tiba dia mengandungkan anak ke tiga! “Aduh, hati memang gembira bakal menimang anak ke tiga. Tapi, dalam hati risau juga dengan berat badan nanti.

Tambah pula, usia semakin meningkat, maka usaha untuk kurus pastinya lebih sukar,” keluh Mawar pada awal-awal kehamilannya.

Katakan Apa Saja Jenis Diet?

Semua sudah dia cuba seperti Atkins Diet, Eat Clean dan GM Diet. Namun, ujar Mawar dalam keghairan melakukan sesuatu diet itu, kita harus berada dalam keadaan yang baik dan berlapang dada untuk melakukannya. Jika, perasaan sebaliknya seperti tidak gembira dan stres, maka jenis diet itu sebenarnya tidak sesuai untuk anda.

Kredit foto: IG mismawar

Untuk melakukan sesuatu diet itu, harus ada ilmu, kaji sungguh-sungguh sesuatu diet itu agar kamu tahu teknik yang betul. “Mawar juga percaya, kejayaan sesuatu diet itu bergantung juga pada penerimaan badan masing-masing.

Macam Mawar, alhamdulillah. Mudah sahaja turun kalau konsisten menjaga pemakanan. Mawar suka makan terutamanya manisan. Jadi Mawar pastikan kadar pengambilan kalori untuk tubuh.

Jika, Mawar teringin nak makan kek hari itu, Mawar akan pastikan Mawar tidak ambil nasi untuk waktu makan tengah hari. Kena ada ‘balance’. Tak semua kita boleh nikmati dalam satu hari. Mawar akui, kadang-kadang tekak juga perlu d’digembirakan’.

Jadi, Mawar akan sekat kalori pada bahagian lain agar Mawar dapat nikamti kek itu tanpa rasa bersalah.”

Paling pemting dalam sesuatu diet itu adalah keseimbangan kalori yang diambil setiap hari. Cheat day itu boleh agar kita tidak terlalu tertekan apabila ‘rindu’ pada makanan itu menggamit tetapi pandai-pandailah agak porsinya.

Intermittent Fasting Diet, Paling Mudah Dilakukan

Kaedah diet yang diasaskan oleh Marthin Berkhan ini sudah lama diamalkan di barat. Inilah kaedah paling mudah untuk orang yang mahu kurus tetapi tidak mampu untuk berkata tidak kepada makanan kegemaran mereka.

Ia lebih kurang berpuasa bagi orang Islam di mana seseorang itu hanya punya beberapa jam dalam sehari untuk makan dan seterusnya berpuasa. Terdapat beberapa peringkat diet cara ini iaitu:

Kredit foto: IG mismawar

Dengarkan bagaimana pula Mawar melakukannya?

“Sebenarnya, Mawar tergerak hati mahu melakukan kaedah diet ini setelah doktor mengesahkan Mawar menghidap Talasemia. Maknanya, ia lebih kepada masalah kesihatan Mawar. Kebelakangan itu, Mawar kerap penat dan lemah. Mula-mula ingatkan sebab kurang makan tetapi selepas dah makan nasi dua pinggan pun, masih lemah dan lesu. Hahaha!”

Pada awal diet, Mawar akui sentiasa rasa lapar. Dia mula melakukannya dengan berpuasa selama 12 jam sahaja kerana tidak mahu terlalu mendesak badan yang baru mula panaskan enjin.

Berhenti makan pada jam enam petang dan makan semula pada jam enam pagi esoknya. Kemudian, dia tambah sejam demi sejam dalam jangka masa puasa itu. Dan, terkini dia mengamalkan berhenti makan pada jam tiga petang dan berbuka pada jam lapan pagi.

Untuk elak rasa lapar yang meganggu, Mawar akan tidur awal iaitu jam sembilan malam. Begitulah rutinnya selama beberapa bulan, dan ia nampaknya berkesan untuk tubuhnya apabila kini dia berjaya mengekalkan berat badan 56kg.

Tambah Mawar, menerusi diet ini, dia berjaya menurunkan 5kg dalam masa dua bulan. “Okeylah kan. Slowly but steady.”

Kredit foto: IG mismawar

Rutin kurus seorang suri rumah

Mawar kurang setuju apabila ada yang beranggapan menjadi seorang suri rumah lebih mudah untuk menurunkan berat badan berbanding wanita yang bekerja. Dia percaya dengan ungkapan di mana ada kemahuan, dia situ ada jalan. Kalau tak mahu, banyaklah dalih dan alasannya.

“Mawar ada juga kawan yang bekerja tetapi mampu melakukannya. Cuma, kena ada usaha yang lebih sedikit. Dia masak setiap hari dan bawa bekal ke ofis. Apabila waktu lucch terpaksa menolak untuk keluar makan bersama kawan-kawan kerana mahu konsisten makan bekal yang dibawaya.

Apa yang penting kesungguhan. Jadi suri rumah pun ada juga cabarannya kerana apabila duduk sahaja di rumah, nasfu makan itu lebih besar. Ada sahaja idea memasak yang terlintas.

Malah, apabila anak-anak makan, kita kadang-kadang kena temankan. Apabila sudah teman, mesti suap ke mulur sesudu dua. Jadi, sama sahaja halangan dan cabarannya.”

Mawar juga berkongsi gaya pemakanannya sebagai suri rumah. Katanya dia bangun seawall empat pagi untuki menyiapkan keperluaan anak-anak termasuk masak sarapan. Kemudian, dia akan mula bersarapan pada jam lapan pagi.

Itu pun sekadar bijiran atau sekeping dua biskut memadai untuk lapik perut. Dia akan mula sibuk pada jamk 12 tengah hari sehingga dua petang di mana perlu mengambil dan menghantar anak-anak sekolah.

Jadi, Mawar pastikan dia makan yang berat seperti nasi atau pasta sebelum keluar rumah. Kadang-kadang, dia membawa bekal seperti buah untuk dia mengunyah di dalam kereta. Ini bagi memastikan dia tidak terliru dengan jajan-jajan yang terdapat di luar.

Mawar juga akan ambil kopi yang ditambah sedikit gula perang setiap hari. Kopi bagus untuk meningkatkan metabolism badan.

Walaupun pemakanan penyumbang terbesar dalam pengurusan berat badan, namun aktiviti fizikal jangan dilupa. Ia salah satu cara untuk memberi tenaga dan memberikan kesihatan total.

Mawar berkongsi yang dia memang kerap juga jogging dalam seminggu beberapa kali. Jika tidak berkesempatan, Mawar akan melakukan High-Intensity Aerobic Training yang mana boleh dilakukan dalam hanya empat minit tetapi impaknya seperti kamu berlari!

Jadi, tiada alasan untuk tidak mengeluarkan peluh kerana tiada masa!”

Mawar juga menasihati semua wanita agar banyakkan bergerak. Burn your calories! Buatlah apa pun pergerakan asalkan ia mengeluarkan peluh. Malah, kerja-krja di rumah pun mampu menjadikan kamu kurus seperti mop lantai atau mengemas rumah.

Lima TIPS terus istiqamah dalam diet daripada Mawar:

  1. Jangan stres
  2. Biarkan penurunan berat lambat tetapi konsisten
  3. Letakkan target yang realisitik agar kita tidak cepat putus asa
  4. Lakukan dengan ilmu
  5. Pilih jenis deit yang sesuai dengan badan. Try and error tidak salah.

Kredit foto: IG mismawar

;