Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Highlights

Tak Dapat Balik Kampung Bukan Alasan Tak Mahu Beraya – AIDILFITRI Hari Kemenangan, Cipta CERIA di Rumah.

Afiza Kamarulzaman 10/05/2020 | 13:23 MYT
Sama sekali tidak boleh untuk umat Islam berduka lara pada Hari Raya Aidilfitri kerana 1 Syawal itu adalah hari kemenangan kita. Hari yang meraikan kemenangan kita melawan hawa nafsu selama sebulan sepanjang bulan Ramadan. Suatu perjuangan yang telah berjaya itu, haruslah diraikan dengan kegembiraan dan kesyukuran. Logiknya tiada orang yang bersedih setelah memperoleh kemenangan.
Di mana atau dengan siapa pun Lebaran kali ini disambut, haruslah kita meraikannya dengan kegembiraan. Kerana itu jugalah Allah mengharamkan umat Nya berpuasa pada 1 Syawal kerana mahu umat Nya menghargai ‘hadiah’ istimewa ini. Tidak berada di kampung halaman tidak seharusnya dijadikan alasan untuk protes dengan tidak mahu menyambut Aidilfitri di rumah sendiri.
Kredit Foto: Google
Masanya Beraya Dalam Kesederhanaan
Ya, PKP ini juga dapat dijadikan teladan dan masa untuk kita bermuhasabah untuk beraya dalam kesederhanaan dan penuh syukur. Jika selama ini Hari Raya disambut diselitkan dengan pembaziran dan sifat boros seperti membeli baju berpasang-pasang, makanan yang dimasak berlebihan atau bertukar perabot yang masih elok, jadi tahun inilah pengertain sebenar Syawal dapat dihayati sebaiknya.
Mungkin ada yang menganggap Raya tahun ini paling berbeza kerana beraya di rumah sahaja tetapi jika dipandang dari sudut positif, inilah sebenarnya Raya terbaik yang menjadikan kita umat Islam yang beraya mengikut syariat yang disarankan. Tidak ada lagi sikap menunjuk-nunjuk, berlebih-lebih, tamak, umpat dan berkata yang sia-sia. Setidak-tidaknya kita beraya mengikut yang perlu sahaja.
Kredit Foto: Google
Jangan Tidur Pula di Pagi Syawal!
Ya, jangan ditunjukkan rasa sedih itu dengan tidak mahu meraikan hari kemenangan itu nanti. Ayuh, kita raikan Hari Raya ini dengan norma baru mengikut kemampuan masing-masing. Paling penting, tunaikanlah perkara-perkara sunat seperti berikut;
Kredit Foto: Google
#Hari Raya #PKPB
;