Highlights

Tak Mudah Jadi Ibu Tunggal Tapi Lebih Baik Dari Terus DISAKITI – Hati Kena Kuat, Support System Perlu Ada.

Afiza Kamarulzaman
19/09/2020
15:50 MYT
Sponsor Banner
Tak Mudah Jadi Ibu Tunggal Tapi Lebih Baik Dari Terus DISAKITI – Hati Kena Kuat, Support System Perlu Ada.
Tahun demi tahun, kes penceraian dilaporkan sentiasa meningkat atas banyak faktor terlibat. Maka, ramailah wanita bergelar ibu tunggal, membesarkan anak-anak sendirian. Jika bekas suami masih mahu bertanggungjawab membesarkan anak-anak, okeylah lagi. Namun, kebanyakan isu berlaku bekas suami angkat kaki bawa diri tidak mahu ambil tahu hal anak.
Mangsanya, tentulah si isteri yang akan menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada anak-anak yang tidak berdosa itu. Entah di mana silapnya apabila semakin ramai lelaki yang kurang rasa tanggungjawab terhadap amanah Allah ini. Bersikap lepas tangan seolah-olah tiada iman dalam diri.
Untuk orang luar, janganlah sesekali menghukum atau memandang rendah kepada ibu tunggal yang struggle membesarkan anak-anak. Jangan samakan nasib kita dengan mereka kerana kita tidak tahu apa yang sebenarnya yang dilalui oleh mereka. Hanya yang benar-benar cekal mampu terus melayari hidup dengan anak-anak sehingga ke garis penamat tanpa depresi atau kekecewaan berpanjangan.
Kredit Foto: Google
Pesanan Buat Ibu Tunggal di Luar Sana
  • Duit adalah faktor paling penting apabila sendirian membesarkan anak-anak. Membesarkan anak pada zaman kini bukanlah mudah dan murah. Jadil, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah ekonomi keluarga. Para ibu perlu ada persediaan kewangan yang baik. Kalau tidak bekerja, para ibu memang perlu mencari penyelesaian itu terlebih dulu. Atau mulakan perniagaan kecil-kecilan, asalkan dapat mencari rezeki yang halal.
  • Hati kena kuat dan cekal. Tuhan hanya akan memberi ujian kepada hamba Nya yang mampu untuk melaluinya. Jadi, sentiasalah bersangka baik dengan Tuhanmu. Jangan mudah mengalah dan jangan sesekali mengeluh dengan setiap ketetapan takdir.
  • Jangan toleh ke belakang. Apabila suami sudah tidak mahukan kamu, jangan lagi terhegeh-hegeh kepadanya. Move on dan tidak perlu lagi mencampuri halnya, apatah lagi jika bekas suami sudah pun punya pengganti. Jangan kenang perkara yang sudah ya.
  • Namun, jangan sesekali pisahkan anak-anak dengan bapanya. Jadilah ibu yang berhati mulia dan percayalah pada hikmah di sebalik berbuat baik. Sekalipun, si bapa mungkin tidak membayar nafkah anak-anak, biarkan saja jika dia mahu melawat anak-anak sesekali. Hal nafkah, serahkan kepada balasan Allah nanti. Orang begini selalunya akan dibayar ‘cash’. Sabar okey!
  • Atur masa dan rutin harian sebaiknya. Menggalas tanggungjawab sendirian pasti buat kamu tidak menang tangan. Manakan, mahu keluar bekerja, memasak, mengemas rumah, hantar anak ke pengasuh dan sebagainya. Justeru, disiplin diri amat penting untuk memastikan 24 jam sehari itu mampu dimanfaatkan sebaiknya. Inilah pengorbanannya.
  • Ajar anak-anak untuk turut sama berdikari juga. Jika ada anak-anak yang sudah besar yang boleh diharap untuk menjaga adik atau mengemas rumah, silalah ajar mereka untuk sama-sama membantu.
  • Sebagai ibu tunggal pasti banyak fitnah dan pandangan serong orang sekeliling kepada kamu. Sabarlah. Teruskan menjaga tingkah lakumu dan elakkan bergaul dengan mereka yang boleh mengundang kamu ke arah yang tidak baik.
  • Carilah support system yang dapat membantu kamu saat kamu hampir patah atau mengalah dalam hidup. Bukan bergantung sepenuhnya dengan orang lain, tetapi sokongan keluarga dan teman baik perlu agar kamu terus kuat dan tidak mengalami tekanan.
  • Sebaik-baik tempat mengadu adalah kepada Yang Maha Esa. Maka, dekatkan diri dengan Nya dan sentiasalah memohon kekuatan hanya kepada Allah. Kurang-kurangkan bercerita masalah kita kepada orang melainkan kepada mereka yang memang kamu percayai. Lain orang, lain hati dan penerimaannya.
Kredit Foto: Google
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024