Highlights

Tak Perlu Bersaing. Cuma Pastikan Yang Kita Lebih Baik Dari Semalam. Caranya? Amalkan TIPS Ini.

Huda Hussain
08/06/2020
14:01 MYT
Sponsor Banner
Tak Perlu Bersaing. Cuma Pastikan Yang Kita Lebih Baik Dari Semalam. Caranya? Amalkan TIPS Ini.
Setiap daripada kita pastinya impikan perubahan dalam kehidupan. Mahu berubah ke arah yang lebih baik. Tetapi jika azam dan impian tanpa disertakan usaha dana mal juga, tiada gunanya. Dan langkah pertama itulah yang barangkali kita fikirkan susah dan payah akan menentukan kelangsungan dan keberhasilan seterusnya. Ayuh, cuba tanamkan iltizam dan kesungguhan untuk melakukan perkara berikut sebagai usaha kita untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik daripada semalam.
Kredit Foto: Google
  1. Senyum Dan Bergembiralah
Nikmati momen suka dan gembira selagi dipinjamkan masa bersama yang tersayang. Senyum kan satu sedekah? Jadi, chill saja okey!
  1. Tak Perlu Menang Setiap Pertengkaran
Tidak kira sama ada anda setuju atau tidak, jadilah pendengar yang baik. Kerana pertengkaran itu sampai bila pun takkan pernah habis.
Kredit Foto: Google
  1. Hubungi Keluarga Selalu
Nadi kekuatan bagi orang yang positif adalah apabila dikelilingi oleh insan tersayang. Dan bagi kalian yang tinggal berjauhan dengan keluarga, selalulah hubungi mereka. Percayalah dengan hanya bertanya khabar dan mendengar suara mereka pasti bangkitkan semangat kita.
  1. Beri Sesuatu Yang Baik Untuk Orang Lain
Kerana memberi itu lebih baik daripada yang menerima. Sama ada kecil atau besar, yang penting ikhlaskan memberi kepada orang sekeliling. Tanpa disedari, pasti ada saja urusan anda dipermudahkan. Tak percaya? Cubalah lakukan hari ini juga!
Kredit Foto: Google
  1. Sentiasa Memaafkan
Hati yang bersih dan minda insan yang positif adalah mempunyai sifat pemaaf. Memaafkan orang lain akan membuatkan hati kita lebih tenang dan minda kita juga akan berasa nikmat yang sama.
  1. Dahulukan Tuhan Dalam Segala Yang Anda Fikir
Sama ada apa yang anda perkatakan dan perbuat, letakkan Allah sebagai satu kepentingan. Ingatlah, jika kita mengingati-Nya, pasti Dia akan mempermudahkan urusan kita.
Kredit Foto: Google
  1. Apabila Terjaga Pada Waktu Pagi, Ucapkan Syukur Terlebih Dahulu
Kerana Dialah Pemberi segala nikmat yang kita kecapi, maka sebaiknya lafaz Alhamdulillah, syukur aku masih diberi peluang bernafas menjadi basahan lidah kita setiap pagi.
  1. Baik Atau Buruk Situasi Sekarang, Ia Akan Berubah
Yakinlah, seandainya kita berusaha untuk mengubah nasib hidup dan berubah menjadi insan yang lebih baik, pasti lambat laun jalan kebaikan akan ditemui. Walaupun perit dan sukar, percaya pada janji Allah. Kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib kita selagi kita sendiri tidak mahu berubah.
Kredit Foto: Google
  1. Pandangan Orang Lain Terhadap Anda, Tak Penting!
Tak perlu sibukkan diri dan peningkan kepala memikirkan apa yang orang lain fikir mengenai anda. Kerana hanya anda sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk menentukan hala tuju hidup yang lebih baik. Tetapi jika ia demi kebaikan diri anda, maka pertimbangkanlah sewajarnya.
  1. Kongsi Pengetahuan Ini
Kerana bukan kita sahaja yang mahu berubah, begitu juga dengan insan sekeliling dan mereka yang tersayang. Pasti kita mahu mereka beroleh manfaat yang sama kan? Ia bukan sahaja akan memperbaiki hidup anda tetapi orang lain di sekeliling. Kita saling memberi dan peroleh manfaat dari satu sama lain.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar