gaya hidup

Tanpa Protokol Rasmi, Lawatan Mengejut YB Khairy Jamaluddin Ke Hospital Kajang Dapat Pujian. ‘Salute’!

Huda Hussain
18/09/2021
15:27 MYT
Sponsor Banner
Tanpa Protokol Rasmi, Lawatan Mengejut YB Khairy Jamaluddin Ke Hospital Kajang Dapat Pujian. ‘Salute’!
Tular sejak petang tadi apabila Yang Berhormat Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin melakukan lawatan mengejut ke Hospital Kajang. Tanpa protokol rasmi, tanpa kehadiran Ketua Pengarah Kesihatan, pihak tertinggi pengurusan hospital, beliau tiba hanya ditemani seorang pegawai.
Berpakaian kasual, pastinya jika sesiapa pun takkan perasan itulah kelibat Menteri Kesihatan Malaysia yang popular dengan gelaran tall, dark and handsome ini.
Kredit Foto: Facebook Public Health Malaysia
Ada baiknya lawatan secara mengejut ini dilakukan. Bukan sahaja dapat melihat situasi sebenar, segala permasalahan yang timbul dapat diketahui dengan lebih cepat tanpa perlu menuggu laporan daripada pelbagai peringkat.
Terbukti, kredibiliti beliau yang memegang portfolio Menteri Kesihatan disenangi ramai malah menyambut baik apa yang dipamerkannya. Disifatkan sebagai ‘humble’ YB Khairy Jamaluddin sempat melawat Wad Paediatrik selain mendapatkan perkembangan terkini dalam kalangan kakitangan wad tersebut.
Kredit Foto: Facebook Public Health Malaysia
Moga lebih ramai lagi barisan Menteri dapat melakukan spot check secara mengejut seperti ini bagi melihat situasi dan gambaran sebenar di lapangan berbanding hanya mendengar permasalahan berbangkit. Respect YB KJ!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar