Hiburan
Tema ARABIAN – Majlis Berinai Farah Nabilah Bagaikan Temasya, Tapi Kenapa Buat Selepas Nikah?
Majlis ijab kabul dilangsungkan terlebih dahulu kemudian baru disusuli dengan majlis berinai keesokan hari. Menurut ibu Fawaa, Datin Haslina Ismail dia mahu menghalalkan dahulu hubungan pasangan pengantin sebelum mengadakan majlis adat seterusnya.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
Bertempat di Neo Event Hall (Lanai Tamu, Damansara Perdana), majlis malam berinai yang dihadiri sanak saudara, kenalan dan sahabat handai. Tidak ketinggalan kehadiran beberapa selebriti jemputan yang turut memeriahkan majlis. Antaranya, Uqasha Senrose, Aprena Manrose, Adeline Tsen, Nadiyah Shahab, Nadia Shaheera, dan Iswan Ismail.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
Bermula sekitar jam 8 malam dimulakan dengan bacaan doa, zikir dan selawat. Kemudian, kedua ibu bapa pasangan mempelai menyerikan majlis dengan acara menepung tawar.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
Bertemakan Arabian, Fawaa dan suami menyarung busana rekaan Rizman Ruzaini. Diinspirasikan daripada royal violet jumpsuit dengan sentuhan mysterious blue dan matte gold, ramai yang memuji busana kedua mempelai. Mendapatkan sentuhan magis jurusolek Syed Dewa untuk tatarias wajah, Yusof Ruzaimi pula melengkapkan dandanan bagi look yang bertemakan Arabian malam itu.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
Turut memenuhi agenda majlis malam berinai ini adalah tarian, persembahan nyanyian juga upacara santapan pulut kuning sebelum diakhiri dengan sesi bergambar bersama keluarga dan tetamu yang hadir.
Kredit Foto: InTrend Malaysia
Pasangan mempelai bakal diraikan dalam dua lagi majlis resepsi yang akan berlangsung pada 28 Disember dan 5 Januari nanti.