Highlights

Tesco, AEON, Mydin Macam Medan Perang! Netizen Kongsi Gambar Rak KOSONG. Jangan SELFISH, Guys!

Afiza Kamarulzaman
17/03/2020
09:17 MYT
Sponsor Banner
Tesco, AEON, Mydin Macam Medan Perang! Netizen Kongsi Gambar Rak KOSONG. Jangan SELFISH, Guys!
Kebanyakan orang awam yang ditemui dan melalui perkongsian di media sosial meluahkan rasa kesal terhadap segelintir rakyat Malaysia terutamanya kawasan bandar yang bersikap panik dan pentingkan diri. Dengan situasi yang tidak menyenangkan sekarang ini, sepatutnya kita bersikap lebih tolerasi dan menggunakan ilmu bukan nafsu.
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu perutusan penting semalam berkaitan wabak Covid-19 yang dilihat semakin serius melanda negara dengan beberapa tindakan penting diambil sebagai langkah pencegahan. Namun, tidak sesekali memberitahu rakyat untuk menyimpan bekalan makanan dengan banyak di rumah. Malah, menurut beliau, rakyat tidak seharusnya risau kerana kerajaan akan memastikan sumber makanan sentiasa dapat memenuhi keperluan penduduk Malaysia.
Dan, seperti yang diduga rakyat Malaysia tetap dengan sikap curiga dan panik tidak bertempat. Penulis sendiri sempat berkunjung ke pasaraya besar, NSK hujung minggu yang lalu dan terpaksa berbaris lebih 30 minit hanya untuk membayar sedikit barangan basah yang dibeli penulis yang tidak sampai RM100 itu.
Penulis juga sempat singgah di kedai 99Mart kawasan rumah, pekerja di situ mengeluh, “dari pagi saya masuk kerja sampai sekarang (jam 4petang), saya belum sempat duduk pun. Orang ramai tak berhenti datang membeli.” Dan, seorang pembeli di belakang penulis turut meluah perasaan, “Saya nak beli mi segera pun habis. Di NSK pun habis. Datang sini, mi segera dan sardin dalam tin juga habis.”
Kredit Foto: Google
Kenapa Harus Hentikan ‘Panic Buying’?
  • Bekalan barang kawalan, makanan asas cukup. Insya Allah, tidak akan ada rakyat Malaysia yang akan mati kebuluran. Kerajaan pasti tidak akan membenarkan ia berlaku, malah berlebihan lagi makanan buat rakyat Malaysia.
  • Anda masih dibenarkan untuk keluar membeli barang keperluan. Malah, kedai-kedai runcit, kedai-kedai makanan dan yang sewaktu dengannya juga masih dibenarkan untuk beroperasi.
  • Negara kita bukan dalam situasi darurat atau dalam zon peperangan, jadi bekalan untuk semua pasti cukup. Yang penting, kerjasama daripada semua pihak untuk tidak membeli secara berlebihan.
  • Pembeliaan tanpa keperluan juga hanya merugikan dan menggalakkan pembaziran kerana kebanyakan barang makanan mempunyai tarikh tamat tempoh. Jangan pentingkan diri sendiri sehingga orang lain tidak dapat memilikinya walaupun ada yang lebih memerlukan stok tersebut.
  • Pembelian panik hanya akan mewujudkan manipulasi harga dan bekalan dalam pasaran. Ia menyebabkan sesetengah peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang atau menyorokkan stok.
Perkongsian Syaliza di Rosyam Mart, Kuala Lumpur:
Perkongsian Leo di NSK, Kuchai Lama:
Perkongsian Vee Muhamad di Tesco, Jalan Kuching:
Perkongsian Emy Amiza di Tesco, Puchong:
Perkongsian Hafiz di AEON, Wangsa Maju
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar