Highlights

Tiada Istilah BERSARA Dalam Dakwah – Kalau Pun Sudah Tak Glamor, Kalau Ada Ilmu Tetap Bercahaya.

Afiza Kamarulzaman
31/07/2020
11:33 MYT
Sponsor Banner
Tiada Istilah BERSARA Dalam Dakwah – Kalau Pun Sudah Tak Glamor, Kalau Ada Ilmu Tetap Bercahaya.
Gelombang dakwah Islam komersial semakin menerjah ruang siaran televisyen dan media sosial. Ramai golongan muda kini kian mendekati Islam dengan lebih jauh, menjadikan para pendakwah kini diangkat lebih ternama daripada selebriti. Adakah ini situasi yang baik atau dipandang negatif?
Pastikan kamu melekat di siaran Astro Warna, jam 9 malam ini jika mahu mengetahui isi hati seorang pendakwah bersama Pencetus Ummah, Azman atau lebih mesra dipanggil Cik Man dan Imam Muda, Asyraf.
Kedua-dua mereka lahir dari program realiti dakwah popular. Walaupun mempunyai latar belakang pendidikan agama yang tinggi dan pernah menjadi pendakwah profesional, namun kedua-dua mereka tidak menafikan ada kala dipandang sinis sesetengah golongan yang menganggap mereka hanya tampil atas tiket glamor dan mencari nama semata.
“Itu perkara biasa apabila kita muncul dengan program di televisyen kerana ia seolah-olah memberi impak negatif. Ada perkara yang kita tidak perlu perjelaskan jika mengundang perteligkahan,” jelas Cik Mat apabila ada yang sangsi dengan perjuangan mereka.
Ustaz Asyraf Pernah Diselar Dek Kenyataan Mahu Poligami
Hidup pendakwah aliran popular hari ini tidak terkecuali daripada dihambat gosip dan skandal. Ya, mereka juga manusia biasa. Ujian tidak mengira siapa orang itu atau nipis atau tebal imannya. Ustaz Asyraf pernah satu ketika dihambat dengan kontroversi apabila dikatakan berhasrat untuk berpoligami.
“Kisah sebenarnya. Selepas selesai satu penggambaran untuk Maulidurasul, wartawan ni ajak saya makan. Ketika makan itu, kami berbual santai dan dia bertanyakan pendapat saya mahu tak kalau berpoligami? Saya secara spontan terus berkata, Eh kita lelaki mesti nak! Tanpa apa-apa niat. Tak lama selepas itu, kenyataan saya itu dijadikan tajuk utama. Saya pun terkejut,” jelas Ustaz Asyraf yang kemudiannya meminta isterinya untuk tidak membaca sebarang komen.
Bagi Ustaz Ashraf, adakala dia juga terkesan dengan hentaman dan kritikan orang apatah lagi jika dibidas ketika sedang memberi ceraham di tengah khalayak ramai. Menegur ada caranya.
“Saya pernah terfikir untuk berhijrah ke luar negara seperti Madinah, saya mahu berhenti rehat seketika. Namun, kata ibu saya ini rezeki saya, kenapa mesti saya tolak? Walaupun saya sendiri tidak menduga dengan apa yang saya mililki sekarang ini. namun, bagi saya glamor atau sanjungan orang ini tidak penting. Yang penting ilmu. Kalau ada ilmu, kita tetap akan bercahaya dan orang datang mecari walau tidak lagi glamor.”
Cik Man Akui Dia Bukan Anak Yang Baik
Cik Man juga antara pendakwah sensasi yang selalu namanya naik untuk beberapa isu. Namun, katanya tidak semua perkara kita perlu layan dan perjelaskan jika ia membawa kepada perbalahan. Ada kala berdiam itu lebih baik untuk menjernihkan keadaan. Kita manusia biasa. Sedangkan nabi sebaik-baik umat juga diuji seberar-berat ujian.
Ditanya tentang ujian paling berat dalam hidupnya. Cik Man tanpa berselindung rterus memberitahu saat kehilangan ibunya. “Saya pernah terfikir dulu. Kalau emas saya meninggal, saya pun akan meninggal atau saya mungkin akan gila kerana tidak sanggup hidup tanpa ibu saya. Tapi, apabila ia benar-benar terjadi, saya dapat melaluinya walau dengan jiwa yang hancur.”
Cik Man secara jujur berkongsi yang dia bukanlah anak yang baik walaupun pada pandangan sesetengah orang berasakan Cik Man orang yang baik. “Saya akui saya pernah tengkin ibu saya dan saya bukan anak yang baik. Sehari sebelum pemergian ibu, ibu meminta saya tidur dengannya malam itu tapi saya kata saya kena balik KL. Saya akan temani ibu esok, cerita Cik Man sebak.
Takdir Tuhan. Esoknya ibunya pergi mengadap Illahi dalam tidur yang tidak tertunai hajat mahu bersamanya. “Itulah sesalan paling dalam hidup saya. Saya mungkin berdosa kalau berkata, kalaulah saya tahu...kerana jika kita berkata ‘kalau’, ia membawa erti kita tidak reda dengan ketentuan Allah. Tapi, sungguh sapa menyesal seumur hidup.”
Ikuti temubual lebih lanjut tentang perkara ini pada jam sembilan malam ini di Astro Warna.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024