Highlights
Tips Cantik Bintang HOLLYWOOD. Siapa Yang Amalkan Facial Racun Lebah? Serbuk Kopi Sental Kulit? Rugi Tak Baca!
Kredit Foto: Google
Halle Berry
Untuk memiliki kulit tubuh mulus, beliau menggunakan serbuk kopi sebagai penyental sel kulit mati di samping melenyapkan selulit. Serbuk kopi ini dipercayai tidak hanya melembutkan kulit malah meningkatkan peredaran darah dan mengelakkan pembendungan air. Campurkannya dengan air suam atau gel mandian.
Kredit Foto: Google
Hilary Duff
Tips wajah berkilauan adalah dengan menggunakan refreshing spray sebelum bermekap. Memang betul, tips ini dapat menyegarkan kulit yanag kusam dan penat. Refreshing spray mengandungi anti oksida yang membantu memancarkan kecantikan asli dan menghidratkan kulit.
Kredit Foto: Google
Lady Gaga
Beliau terkenal dengan rambut ajnas warnannya. Jika kamu mahu mengekalkan rambut perangmu berada dalam kondisi terbaik, kamu perlulah mencari syampu yang mampu membelainya semula terutamanya buat kamu yang selalu mewarnakan rambut. Beliau menggunakan Clairol Shimmer Lights Shampoo yang dapat menyerlahkan warna rambutnya.
Kredit Foto: Google
Kate Middleton
Rahsia kulit wajahnya yang cantik itu adalah melalui facial racun lebah. Dikhabarkan, apabila racun lebah bersentuhan dengan kulit ia bertindak balas seolah-olah kulit disengat dan secara automatik, kulit ‘menganjal’. Rawatan ini juga didakwa dapat memulihkan parut, jerawat dan membaiki tekstur kulit serta mengurangkan kedutan. Ada yang memanggilnya sebagai ‘botoks natural’ kerana kuasa penganjalannya yang kuat. Namun, jika kamu alah dengan lebah, kamu boleh abaikan tips ini.
Kredit Foto: Google
Rachel Bilson
Beliau gemar menanggalkan sisa solekan menggunakan Vaseline kerana ia lebih cepat dan mudah. Ia juga bertindak lembut kepada kulit sambil melembapkannya. Bagus untuk kulitnya yang seharian bekerja.
Kredit Foto: Google
Jewel
Pipinya yang kemerah-merahan itu sentiasa menjadi tumpuan. Cara memilikinya adalah dengan melayangkan lip stain pada kedua buah pipi. Katanya, menyapukan lip stain sebelum sapuan bedak asas memberikan natural glow yang indah pada pipi.
Kredit Foto: Google
Miranda Kerr
Beliau sememangnya mempunya sepasang mata yang cantik dan cara beliau menyerlahkannya lagi adalah dengan menggunakan clear lip balm sebagai highlighter di sekitar matanya. Pastikan kamu menggunakan salap bibir natural dan bukannya lip gloss kerana kawasan sekitar mata sangat sensitif.
Kredit Foto: Google
Shakira
Beliau sangat memelihara kulitnya daripada sinar matahari. Justeru itu, beliau memilih untuk menggunakan tabir suria SPF untuk bayi dan bukannya untuk kulit dewasa. Baginya, SPF ini lebih lembut untuk kulit dan memberikan perlindungan lebih sempurna.
Kredit Foto: Google
Jennifer Aniston
Wajahnya tak makan usia dan kekal awet muda sehingga kini. Rahsianya; selepas menanggalkan mekap, beliau akan menyapukan Vaseline pada bawah matanya untuk mengelakkan garis dan kedutan.
Kredit Foto: Google
Mariah Carey
Cara beliau memungilkan bibirnya yang seksi itu adalah dengan mencampurkan ekstrak pudina ke dalam lip gloss kegemarannya sebelum menggunakannya. Pudina diakui meningkatkan peredaran darah dan memudahkan alirannya sekitar bibir.
Kredit Foto: Google
Emma Stone
Beliau memiliki kulit sensitif dan agak sukar menemui produk kulit yang bagus. Jadi, beliau menggunakan minyak biji anggur sebagai agen pelembap kulitnya.
Kredit Foto: Google
Jessica Alba
Cara untuk mendapatkan bulu mata cantik melentik seperti beliau adalah; sebelum melentikkan bulu mata, pegang lash curler kamu di bawah tiupan blow dryer beberapa saat untuk ‘memanaskan’ pad tersebut. Kehangatan itu membuatkan bulu mata melentik lebih efketif.